MENGHASUT : Kit Siang Disiasat Polis!!!


Polis merakam keterangan pemimpin DAP, Lim Kit Siang berhubung kenyataannya yang menyentuh titah Yang di-Pertuan Agong pada perasmian sidang Parlimen 7 Mac lalu. Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
“Kami telah memberikan kerjasama dan polis akan memaklumkan tentang tindakan selanjutnya. Polis mengambil masa 20 minit untuk merakamkan kenyataan (Kit Siang),” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Wangsa Maju.

Sebelum ini, lebih 100 laporan polis dibuat terhadap Kit Siang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Kit Siang, yang dibuat pada 7 Mac lalu berkata “Ucapan titah Agong itu (disediakan) oleh kerajaan” ketika ditanya pemberita selepas Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pentadbiran kerajaan sedia-ada diteruskan supaya matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dapat dizahirkan.

Dalam sidang media hari ini, Kit Siang menegaskan bahawa kenyataan itu bukan berniat untuk menghasut, sebaliknya sekadar menyatakan sesuatu yang jelas.

“Saya tidak melakukan apa-apa hasutan, dan apa yang saya nyatakan adalah kenyataan yang sangat jelas sebenarnya,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Wangsa Maju, Mohamad Roy Suhaimi Sariff menjelaskan bahawa siasatan terhadap Kit Siang itu diketuai pegawai polis dari Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....