ENGKAR ARAHAN : 2 Wartawan Australia Cuba "Dekati" Najib


Dua wartawan Australia ditahan polis kerana tidak mematuhi arahan dalam majlis yang dihadiri Perdana Menteri di Kampung Haji Baki, Sentosa, Sarawak malam tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar, berkata dua wartawan berkenaan telah melintasi garisan keselamatan dan cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara agresif.

"Kejadian berlaku kira-kira 8.35 malam. Kedua mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melepasi garisan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Padawan untuk disoal siasat sebelum dibebaskan pada pagi Ahad.

Menurut Dev Kumar, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu, saluran berita Australia, ABC mengesahkan wartawannya Linton Besser dan jurukamera Louis Eroglu ditahan di Kuching pada malam Sabtu selepas membuat liputan majlis yang dihadiri Najib.

4 ulasan:

  1. Agak2 kalo wartawan pukimak tu buat liputan di negara kapir macam Amerika Syarikat atau singapork, adakah mereka akan bersikap kurang ajar macam ni atau mereka akan patuhi segala peraturan?

    BalasPadam
  2. Nak Tanya pun tak boleh!!!...kalau dia orang agresif kenapa tak tangkap ketika itu juga..kenapa tunggu sehingga diaorang balik kehotel Baru nak tangkap. Mungkin ada arahan terbaru kabinet kayu supaya jangan biarkan wartawan Tanya Kat PM pasàl duit yg masuk keakaun peribadi dia kot...nanti salah jawab pulak..almaklumlah banyak sangat set jawapan yg disediakan penjilat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi nak cakap, duit dia dapat duit halal.Kau orang cemburu?Dah banyak kali di jawab, cuma kau orang saja pekakan telinga. Hutang 42b pun sudah sekelip mata jadi untung.
      Kalau melayu dapat duit banyak,rasuah. Kalau cina bikin duit banyak,senyap saja ,dipuji pulak.

      Padam
  3. mengikut pengalaman saya, wartawan asing memang suka ikut kehendak sendiri , mereka jarang akur dan ikut peraturan negara ini , mereka bawa budaya dari negara mereka, semakin dilarang semakin mereka lakukan ,

    perbuatan wartawan ini memang salah, dalam protokol kawalan keselamatan kepada VVIP negara , ada batas atau had kita mendekati PM atau KM, dalam sistem kawalan keselamatan pengiring rapat diberitahu bahawa sesiapa yang mengingkari arahan larangan yang diberikan maka ia boleh ditahan ,

    kalau kes ini berlaku di Israel atau di singapore , dah lama wartawan ini kena pangkung, silap2 dah mampus kena tembak ..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....