DAH TERLAMBAT : Muhyiddin Akui Menyesal!!!


Wayang demi wayang dilakonkan Tan Sri Muhyiddn Yassin demi menagih simpati rakyat. Akan tetapi tahukah Muhyiddin, semakin banyak pendedahan dan pengakuan yang beliau lakukan, semakin terhakis kepercayaan penyokongnya sendiri terhadap beliau. Apatah lagi rakyat yang sekadar memerhati tindak-tanduk beliau.

“Saya menyesal. Ketika itu nampak yang indah saja,” katanya yang digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO dan digugurkan jawatan Kabinet kerana mengkritik Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Katanya, beliau mendesak Abdullah atau Pak Lah berundur kerana Barisan Nasional sangat lemah ketika itu tetapi tidak menjangkakan keadaan lebih teruk akan berlaku di bawah Najib.

Beliau bercakap di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Muhyiddin berkata, Gerakan Selamatkan Rakyat dan Deklarasi Rakyat telah membuatkan pemimpin UMNO takut dan gusar kerana semakin ramai yang menyokongnya.

“Walaupun mereka kata ia hanya gimik politik tetapi saya tahu jauh di sudut hati, mereka takut,” katanya yang meminta rakyat bangkit dan terus menyokong Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletak jawatan.
Takut? Siapa yang takut Tan Sri? Penulis takut selepas ini nanti, Tan Sri akan membuat kenyataan menyesal lagi sekali. Menyesal kerana tertipu dan terpedaya dengan gerakan Tun Mahathir yang jelas    hanya demi kepentingan peribadi. Bukan demi bangsa, agama dan negara sepertimana yang dilaungkan ketika ini.

Penulis sebenarnya masih boleh menerima andai gerakan yang diketuai Tun M ini "bersatu" dengan PAS. Baru betul demi Melayu, Islam Dan Malaysia. Tapi apabila bersekutu dengan DAPig yang terang-terang memperlekehkan Melayu, menentang Islam, tiada lagi walau sekelumit pertimbangan untuk menyokong gerakan terdesak Tun Mahathir ini.

DAP AMBIL KESEMPATAN

Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata, parti pembangkang yang dipalit pelbagai kontroversi sejak akhir-akhir ini dilihat terdesak untuk menyertai perhimpunan diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu (DAP) akan ambil kesempatan. Kita lihat pembangkang juga sedang berpecah-belah, termasuk terbaru, isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Pembangkang cukup terdesak dan sanggup mengambil apa sahaja kesempatan yang boleh. Saya yakin rakyat akan menolaknya kerana sudah matang dan memikirkan apa yang terbaik,” katanya yang dipetik dari Berita Harian Online.

Mohd Ali yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, tindakan Dr Mahathir berkongsi pentas dalam ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang itu juga sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang harus dibantah dan ditolak oleh rakyat.

“Perbuatan ini, terang-terangan bertentangan dengan amalan demokrasi. Perdana Menteri dipilih menerusi pilihan raya umum (PRU) dan bukan secara demonstrasi jalanan seperti Arab Spring yang menyebabkan huru-hara,” ujarnya.

3 ulasan:

  1. Salam,

    Sungguh JELIK dan BURUK tingkah laku Moheden dan Mokeris. Apatah lagi si Tua Bangka Mahathir!

    Pemulihan UMNO apakah yang mereka harapkan dengan menyertai kelompok syaitan dan perosak?

    Kita amat heram macam mana Mohedin ni yg terkenal agak tahu ilmu Agama boleh terus berbohong dalam deklrasi madey dapig tu?
    Siapa yang takut sebenarnya sehingga buat fitnah macam2?
    Dgn ilmu dan pengalaman poltik sebelum ini bagaimana Moheden boleh terlalu BODOH atau sebenarnya MUNAFIK selama ini bila tanpa segan silu berada bersama DAPig dan PGayR yang diketahui niat dan agenda mereka ialah menjatuhkan UMNO BN.. tak kira soal Najib itu bersih atau tidak..itu hanya gimik pembohongan.

    sekarang moheden patut menyesal bila lihat gelagatnya yang begitu KOTOR tak selari dengan latar belakangnya seorang yang berpengalaman dalam perjuangan Agama dan Bangsa.. bagaimana ketidak logikan sifat ini boleh berlaku bila sepentas bersama musuh sebenar?

    Semoga Allah SWT beri beliau Hidayah..kalau tiada Hidayah maka terima hukuman Allah atas sifat Munafiknya! Mahazalim Mahathir sudha tidka boleh diharap lagi.. ia ibarat Firaun yang sering mencabar Tuhan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mana datang indon ni?

      Padam
  2. Setuju dengan Haery...PM kelihatan tenang dan dengan pengcerahan demi pengcerahan di dalam menanggani isu fitnah beliau sentiasa beristiqamah dan dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara tampa prajudis dan terkeliru. Syabas Datuk Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak....semoga Allah senentiasa melindungi mu dari keburukan dan kejahatan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....