BERPUTIH MATA : Muhyiddin Kecewakan Tun Mahathir?


Kenyataan Bekas Timbalan Perrdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tetap kekal dalam UMNO telah membuatkan Mahathir berputih mata. Sebelum ini, Mahathir dilihat berharap agar Muhyiddin akan turut mengikut jejak beliau untuk keluar dari UMNO.

Muhyiddin berkata tindakan ahli Majlis Tertingi (MT) Umno yang menggantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau ketika sidang media khas di sini sebentar tadi berkata tindakan tersebut tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dan dibuat sevara gopoh.

“Penggantungan saya dibuat tidak diberi tunjuk sebab dan saya tidak dihadapkan kepada lembaga disiplin parti malah ia tidak mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan oleh parti.

“Keputusan tersebut dibuat secara gopoh sedang saya dilantik oleh ahli Umno yang memilih” katanya sebentar tadi.

Nampaknya, Muhyiddin lebih bijak dari Mahathir dalam isu UMNO ini.

Selain daripada itu juga, Muhyiddin Yassin berkata pihakanya akan terus bersuara demi menjaga kepentingan rakyat.

Beliau ketika sidang akhbar khas sebentar tadi berkata tidak takut dengan sebarang tindakan yang mungkin akan diambil terhadap dirinya.

“Saya tidak takut dengan apa-apan pemecatan dan sebagainya dan saya akan kekal bersuara malahan akan lebih lantang supaya rakyat lebih faham kerana saya tidak mahu kepercayaan rakyat hilang terhadap Umno.

“Kita tunggu dan lihat” katanya ketika ditanya apakah tindakan yang akan beliau lakukan sekiranya Umno mengambil keputusan untuk memecat keahliannya.

Muhyiddin turut menjelaskan pihakanya akan turut hadir dalam perhimpunan anti-Najib yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

“InshaAllah kerana himpunan itu untuk tujuan yang baik, saya akan turut sertai” ujarnya lagi. - PRU14.TV

KLIK SINI UTK VIDEO SIDANG MEDIA TSMY

7 ulasan:

  1. Dalam sidang media oleh Tan Sri Muhyiddin pada hari ini, beliau telah menyatakan bahawa Adnan Mansor yang perasan tengku itu adalah antara orang yang datang berjumpa dengan beliau dan mendesak beliau supaya membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain yang telah menyebabkan imej buruk kepada kerajaan dan parti.

    Tetapi sekarang ni Adnan Mansor yang perasan tengku dah lain nada dia, menjadi kuncu utama kepada Najib pula.

    Sila Adnan Mansor nafikan perkara ini, malahan sila Adnan Mansor saman Tan Sri Muhyiddin jika apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Muhyiddin ini adalah palsu dan tidak benar.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Tengoklah apa respon Adnan Mansor yang perasan tengku tu berhubung pendedahan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini.

    Adakah Adnan Mansor akan membuat penafian dan menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika tak ada sebarang penafian dan tak saman Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendedahan ini, maka betullah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

    Kita tengoklah berapa lama Adnan Mansor ni nak auta, malahan silap hari bulan dia pun dah tak dipercayai oleh Najib dan kena buang pula.

    Itulah bersubahat dengan kejahatan tak akan ke mana, hanya merugikan diri sendiri sahajalah.

    Bersikap jujurlah dalam hidup ini, kerana itu akan memberi ketenangan dan keamanan hidup kepada kita semua.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  3. Assalam Bro,aku setuju dengan tindakan TDM dan TSMY.TDM lawan dari luar dan TSMY lawan dari dalam.Aku tetap sokong keduanya...

    BalasPadam
  4. Adnan akan menafikan kenyataan TSMY.
    Elok TSMY masih dalam UMNO agar tak ramai akan keluar UMNO

    BalasPadam
  5. KALU TAK ADA UMNO TAK BUNCIT PERUT MAKAN DUIT HARAM

    BalasPadam
  6. perangi luar dan dalam...combination yang amat baik

    BalasPadam
  7. Muhyiddin tak nak kuar Umno sbb dia tahu hanya Umno parti keramat yang boleh dia dan kroni cari duit buncitkan perut....tapi Allah Maha Berkuasa ...setiap pemimpin yang korup Allah jatuhkan satu persatu...kerana apa kerana merka tidak jujur malah menfitnah Pemimpin Islam tanpa bukti sahih...so.Allah bayar cash...nak naik lagi memang taklah...melainkan Zahid yang hanya ALlah jua yang tahu kenapa beliau terlebih istimewa...dari itu...Burn Ash...ada kami kisah pasal Muhyiddin...sikit hari lagi akan terbongkar komplot jahat nya dgn Gani patail....apa pun saya tetap berdoa agar Malaysia terpilihara dari pemimpin yang munafik dan berpura pura seperti Mukhriz...Muhyiddin Shafie...mereka dah terima kifarah...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....