APA LAGI NAK KATA? D'Herbs Tetap Nak Taja Kedah "Terlajak Gol" (Gambar Dan Video)


ALOR SETAR 2 Mac - Pengarah Urusan D’Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan pihaknya kini berada di peringkat terakhir perbincangan untuk menaja pasukan bola sepak Kedah musim ini. Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana Kedah dilihat sebagai antara pasukan yang hebat dalam arena bola sepak tanah air.

“Selain itu, saya cukup teruja dengan sifat kenegerian orang Kedah yang cukup fanatik menyokong pasukan Lang Merah setiap kali mereka beraksi.


“Setakat ini perjanjian itu sudah 99.9 peratus akan dimuktamadkan. Cuma ada satu perkara saja lagi yang belum diputuskan secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Stadium Darul Aman untuk menyaksikan Kedah membenam Kelantan 2-1 malam tadi.


Beliau yang masih enggan mendedahkan jumlah tajaan berkata, tiada syarat diletakkan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk mendapatkan tajaan itu.



“Saya cuma menanti apa yang boleh mereka tawarkan. Saya akui, mulanya saya bercadang mahu menjadikan perkataan ‘terlajak gol’ sebagai slogan namun jika itu hanya membuatkan arena bola sepak tanah air nampak lucu atau ‘murah’ saya sedia mengabaikannya,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Dato' Alif Syukri sempat meluangkan masa bersama pemain selepas perlawanan di bilik persalinan NAZA RED EAGLE NEST!

Iklan 'Abang Terlajak Laris' ini turut terpapar di skrin LED Board Stadium Darul Aman. Perlawanan malam tadi mencatat sejarah dengan Stadium Darul Aman mula memasang papan iklan LED yang cukup sinonim dengan era bolasepak moden.

Dato' Aliff Syukri bersama-sama pemain skuad hijaukuning selepas perlawanan di bilik persalinan. Kali ini Kedah terpaksa menantikan ke minit 82 untuk menjaringkan gol kemenangan oleh Syafiq Ahmad.

Kedah FA TERLAJAK GOL! (VIDEO)



Sebelum ini khabar angin ada mengatakan bahawa Dato Alif Syukri akan membatalkan hasrat untuk menaja pasukan Kedah gara-gara berlakunya pertukaran MB Kedah daripada Mukhriz kepada Ahmad Bashah. Malah ada peminat fanatik (tidak pasti samada fanatik bola atau fanatik politik) yang menganggap MB Baru Kedah sebagai pembawa "sial".

Dengan perkembangan ini rasa-rasanya apa pulak komen dari peminat "fanatik" tesebut? 

1 ulasan:

  1. Jenis penyokong bangang tu lah pembawa sial setiap kali Kedah kalah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....