SEMAKIN JELAS: Relakah Melayu Selangor Dengan Tindakan DAP Ini?


Ketuanan Melayu bakal menjadi sejarah di Selangor. Ketuanan Melayu kini dipersoalkan secara terbuka. Tidak lagi sembunyi-sembunyi. Itulah yang berlaku hari ini. Selain proses "kemelayuan" yang berlaku dalam DAP, parti itu dengan tidak berselindung lagi telah mendalami "kelompongan-kelompongan" perundangan yang ada untuk mereka eksploitasi.

Memetik artikel dari portal Free Malaysia Today (FMT) :

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP boleh dilantik menjadi Menteri Besar Selangor asalkan individu yang dipilih seorang yang berbangsa Melayu dan mendapat sokongan majoriti.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, sekiranya ADUN Melayu itu tidak ada, berlakunya masalah majoriti dan pelbagai syarat lain tidak dapat dipenuhi, Sultan boleh melantik bukan Melayu sebagai Menteri Besar.

“Yang pertamanya dia mesti majoriti, yang keduanya dia Melayu dan Islam. Kalau ini tidak ada, kalau Melayu dan Islam ini tidak ada majoriti sebagai contoh, bukan Melayu boleh dilantik Menteri Besar oleh Sultan.

“Sultan yang berkuasa. Sultan boleh mempertimbangkan benda itu (pelantikan Menteri Besar). Tanggungjawab kepada Sultan untuk menimbangkan pelantikan Menteri Besar bukan Melayu untuk memastikan Menteri Besar seorang yang mempunyai majoriti disokong oleh sebahagian besar daripada ADUN.

“Seluruh negeri Melayu begitu, sembilan negeri Melayu bukan di Selangor sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib yang menyatakan jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di Selangor.

Md Shukri dalam laporan di akhbar Sinar Harian, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Md Shukri dan menyifatkan ia merupakan satu komen yang rasis.

“Saya fikir ini nampak sangat satu komen yang tak masuk akal. Komen rasis, komen politik bukan komen yang sepatunya keluar datang daripada mulut akademik,” tegasnya. – FMT

Ini pula perkongsian menarik yang dipetik daripada blog Pengundi Setia Sungai Rapat :

Orang Melayu di Malaysia janganlah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang kerana muslihat yang mereka sembunyikan telahpun dibuat oleh kafir PAP berpuluh tahun dahulu. Malah, serpihan parti kafir PAP iaitu DAP pun sedang berusaha giat untuk mengaburi mata orang Melayu demi undi yang akhirnya akan meranapkan orang Melayu di tanah mereka sendiri. 


Lihat sahaja kebanjiran penduduk Cina dan daftar undi orang-orang Cina di Pulau Pinang dan bagaimana orang Melayu semakin lama semakin kurang di Pulau Pinang. Mahukah kita gadaikan Pulau Pinang kepada kafir DAP dan jadi seperti di Singapura. Walaupun ada lagi totok pembangkang yang percaya dengan kata-kata tokong Lim Guan Eng yang Pulau Pinang semakin maju atas usaha DAP padahal beliau mengambil kredit pembangunan di Pulau Pinang yang sebenarnya hasil pemerintahan BN dulu, JK harap mereka ini dapat membuka mata dan telinga akan muslihat ini kerana Lee Kuan Yew juga suatu ketika dahulu pernah lakukan perkara yang sama. 

Bagaimana Lee Kuan Yew hendak mengambil hati orang Melayu ketika PAP belum lagi mendapat kuasa, antaranya: 

Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok, memasuki surau, makan sekali dengan jemaah masjid dan surau. Bukan itu sahaja Lee Kuan Yew sanggup berada di sesebuah kampung 2-3 hari bergotong-royong membersihkan kampung bersama -sama orang Melayu, tetapi apabila PAP dapat sahaja kuasa orang Melayu terus ditindas.

i. Tiada menteri kanan orang Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit?

ii. Kalau orang Melayu masuk ke kawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi dan dikawal rapi ...orang melayu Singapura memang sentiasa dicurigai dan tidak dipercayai?

iii. Kalau orang Melayu bekerja di syarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura disebabkan warna kulit yang sama.

iv. Budak-budak Melayu ke sekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya ke sekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula berturban, takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung.

v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor, medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan, takut orang Melayu pandai menggunakan senjata.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah.

v. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayu. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, peguam ikut merit kata pemerintah

vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan, dalam kad pengenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

viii. Tiada lagi kampung Tradisional orang Melayu di Singapura

ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu dikecilkan.


Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .

Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat di khemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu di tanah kelahiran mereka itu kerana ditindas orang cina yang pendatang.

Ada juga beberapa pemimpin bukan Melayu nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Orang lama sudah tahu asam garam keadaan di Singapura.

Begitulah antara pendedahan yang dibuat oleh beberapa orang Melayu Singapura yang tahu akan keadaan sebenar yang berlaku di sana. Diharap pendedahan ini dapat membuka mata totok pembangkang dan orang-orang Melayu Islam Malaysia yang gah menyokong DAP dan dasar-dasarnya yang sememangnya seperti PAP di Singapura. Agak-agaknya totok ini mahu menyesal di kemudian hari baru mahu sedar kot? Tepuk dada tanya selera! - Pengundi Setia Sungai Rapat

BB : Kalau bukan Melayu yang mempertahankan Melayu, jadi siapa lagi? 

1 ulasan:

  1. InsyaAllsh. Cita cita besar komunis melayu ni akan Allah patah dan lunyaikan....oleh itu marilah orang Umno yang berjumlah berapa juta ni setiap hari berdoa agar selangor dikembalikan smula ke pada Bn Ameen....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....