KEJAM!!! Gerai Peniaga Melayu Terus Menjadi "Mangsa" Kerajaan DAP!!!


Ditengah-tengah kemelut politik yang melanda Kedah sejak dua minggu lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang semakin rakus menekan penduduk Melayu Pulau Pinang. Minggu lalu sahaja, dua buah tapak gerai perniagaan kecil-kecilan orang-orang Melayu di robohkan tanpa sebarang belas ihsan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Menariknya, gerai-gerai perniagaan kaum Cina langsung tidak diusik oleh Majlis Bandaraya seolah-olah mereka kebal dari segi undang-undang. Walhal, gerai jualan mereka saling berdekatan antara satu sama lain.


Difahamkan, tindakan meroboh gerai orang-orang Melayu ini dilakukan atas alasan tiada lesen atau permit perniagaan sementara. Namun, menurut beberapa peniaga yang mengalami nasib malang ini, mereka sebenarnya mempunyai permit yang sah yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya sebelum mereka membuka tapak gerai jualan mereka.

Antara alasan lain yang diberikan adalah, gerai yang dibuka berkenaan menghalang lalu lintas di kawasan berkenaan sedangkan gerai perniagaan kaum Cina berdekatan, hanya bersebelahan dengan gerai yang dirobohkan berkenaan.

Ini menunjukkan betapa kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah sengaja menidakkan hak peniaga Melayu di kawasan berkenaan. Dalam perkembangan yang sama, kira-kira 3,000 pemandu teksi sekitar Pulau Pinang menyatakan perasaan tidak puas hati dengan kerajaan negeri.


Ini kerana, mereka diarahkan untuk membayar sumbangan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak RM 300 setiap bulan. Namun tidak diketahui sumbangan berkenaan untuk apa dan kepada siapa. Menurut seorang pemandu teksi yang ditemui memberitahu, permintaan kerajaan DAP ini cukup luar biasa.

Ianya seolah-olah seperti wang perlindungan yang wajib dibayar kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap agar mereka boleh beroperasi seperti biasa. Apakah ini yang dinamakan DAP sebagai Kerajaan Berkebajikan? Sudahlah banyak rumah-rumah penduduk dirobohkan hanya semata-mata mahu membina hotel-hotel mewah dan rumah-rumah elit, kini, pendapatan pemandu teksi pula mahu diperah.

Apakah ini melambangkan satu kerajaan yang dilaungkan sebagai kerajaan berkebajikan? Dari segi corak pemerintahan, ianya tidak ubah seperti pentadbiran kuku besi yang menindas rakyat di Pulau Pinang. - SUMBER

1 ulasan:

  1. tak nampak lagi ka rakyat tanah melayu?
    Cara atau modus oparandi LGE zama macam = ISRAEL
    stail mereka sama.. Maklumla israel penasihat.
    israel, semasa dunia sibuk dgn bom di paris...
    Dia buat hal ceroboh sempadan..
    Sama dgn lge.. Org sibuk TH.. Dia naik harga air..
    Check la berita2 lama.. Asal ada big issue.. Dia gunakannya sebagai diversion..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....