#KedahBergolak : Terkini Dari Wisma Darul Aman Dan Hotel Grand Alora A. Star


ADUN PEMBANGKANG MENGADAP JEMAAH PEMANGKU SULTAN

Seramai 13 daripada 15 ADUN pembangkang di Kedah dilaporkan sedang menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Alor Setar bagi menentukan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Perjumpaan di Wisma Darul Aman, di Alor Setar itu diadakan sejak jam 3 petang tadi.

Semalam, tiada keputusan dicapai dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah meminta supaya pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang.

Pembangkang di Kedah mempunyai 15 kerusi - lapan milik PAS, satu milik AMANAH, dua DAP dan PKR mempunyai empat.

Ketua Pembangkang dan ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah memberitahu bahawa beliau berada di Kuala Lumpur sehingga 8 Februari.

Manakala ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy pula berada di luar negara.

ADUN Alor Mengkudu dari parti PAS, Ahmad Yahya berkata 15 wakil pembangkang datang dengan kata sepakat bahawa mereka menyokong Mukhriz.
Terdahulu, ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau disoal sama ada dirinya menyokong usaha Umno Kedah untuk menumbangkan Mukhriz.

"Kita beri pendapat sendiri. Kita tidak boleh dedahkannya," katanya kepada pemberita yang menyerbu keretanya sebaik sahaja beliau meninggalkan bangunan itu pada 3.50 petang.

"Setiap orang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selama kira-kira lima minit dan kami diminta menyatakan pendapat peribadi masing-masing," kata pemimpin AMANAH itu.

Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menzahirkan pendirian mereka mengenai krisis politik itu.

Krisis politik tercetus berikutan wakil rakyat dan pimpinan kanan Umno negeri, yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Kedah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz.

Dilaporkan seramai 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua dari MCA, menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz.

Hanya ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar yang dikatakan tidak berbuat demikian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan pertukaran menteri besar.

Najib pada sidang media pada hari sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.

ADUN BN KEDAH

Dalam perkembangan lain Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah, dilapor berkumpul di Hotel Grand Alora di sini, dipercayai untuk menghadiri perjumpaan khas berhubung krisis UMNO Kedah. 


Berdasarkan maklumat, ketika ini seramai 17 daripada 21 ADUN mewakili BN negeri berada di hotel itu. Empat yang tidak hadir ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga ADUN Ayer Hitam serta tiga EXCO kerajaan negeri yang diuar-uar cenderung menyokong Menteri Besar itu. 

Mereka ialah ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar; ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dan ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor. Dua ADUN BN mewakili MCA iaitu Datuk Dr Leong Yong Kong (Gurun) dan Chua Tiong Ghee (Kulim), turut hadir. 

Turut kelihatan memasuki pekarangan hotel sama ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan timbalannya, Datuk Ghazali Ibrahim, selain Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Yusof Ismail.

Ketidakhadiran empat wakil rakyat itu menguatkan spekulasi mengenai status perjumpaan di Wisma Darul Aman, semalam, yang diuar-uar gagal mendapat suara sokongan majoriti ADUN BN, sehingga memaksa ADUN pembangkang dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah. 

Sehingga kini, motif perjumpaan belum diketahui, tetapi sumber dalaman UMNO mengakui ia ada kaitan dengan perjumpaan 21 ADUN BN dengan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, semalam.

BB : Kini segala-galanya tertumpu kepada Pemangku Jemaah Sultan. Menang jadi arang, kalah jadi abu....

4 ulasan:

  1. Macam sial je 3 ekor pukimak penjilat kerala! Pembangkang boleh bersatu menentang segala langkah BN tetapi wakil2 BN tak boleh bersatu walaupun memounyai majoriti mudah.
    Sebab tu la TS Khalid boleh dijatuhkan di Selangor sebab pembangkang semuanya bersatu.
    Wakil2 BN yang 3 ekor tu memang PUKIMAK yang mementingkan upah keling kerala daripada penyatuan parti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni bodoh betul, yang buat taik tu Bashah Boboi, Najib, Adnan Mansor dan kuncu-kuncu, sedangkan Datuk Seri Mukhriz adalah mangsa keserakahan puak-puak bodoh yang diketuai oleh Najib ketua penyamun itu.

      Kini bila terdapat sokongan dari 15 ADUN pembangkang, maka kedudukan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar dengan dicampurkan 4 orang dari ADUN yang setia kepada kepimpinan Datuk Seri Mukhriz dari UMNO, maka rampasan kuasa puak-puak mangkuk hayun yang diketuai oleh Najib ketua penyamun telah gagal.

      Walaupun dua orang ahli parti pembangkang tidak hadir dalam pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas sebab berada di luar negara, tetapi mereka memberikan sokongan kepada Datuk Seri Mukhriz.

      Saya tidak tahulah macam mana begitu tidak malu para 17 ADUN BN yang menentang Datuk Seri Mukhriz itu. Kamu semua akan ditolak oleh rakyat dalam PRU 14 nanti, kerana pengkhianatan kamu ini amat menyakitkan hati rakyat Kedah yang begitu tersinggung dengan perbuatan khianat para balaci Najib itu. Sudahlah mencemarkan sambutan ulang tahun hari keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang ke 88, kini nak terus mengkhianat tak tentu hala lagi ke?

      Sudah tua pun masih bodoh, bengong tak tentu hala, ini ke budaya yang nak dibawa oleh kepimpinan UMNO Kedah yang tamak kuasa ini? Korang nak ajar supaya khianat terhadap Menteri Besar yang baik, korang nak ajar supaya rakyat jadih biadap macam kamu semua ke?

      Jangan terkejut jika ada budak kecik ludah muka kamu semua ini, dasar tua kutuk yang bodoh, padan muka korang kena maki, sebab itulah selayaknya untuk korang.

      Kerana perangai buruk para ADUN balaci bangsat belaan Najib ini, maka tak pasal-pasal hanya menjerumuskan kekalahan Barisan Nasional di Kedah dalam PRU 14 kelak, kepada ahli UMNO di Kedah sekalian terutama para pengundi dan penduduk di kawasan DUN ADUN-ADUN mangkuk hayun ini, lihatlah perangai pemimpin korang, orang macam ni nak bagi muka lagi ke? Nak angkat manusia bodoh dan jahat macam ini jadi pemimpin ke? Elok para ahli UMNO dan rakyat di kawasan DUN ADUN-ADUN bangsat ini beramai-ramai pergi ke pejabat DUN meraka desak mereka letak jawatan, mereka inilah petualang utama, mereka inilah pengkhianat parti, mereka inilah pengkhianat negeri dan pengkhianat rakyat!

      Selamatkan Kedah, Sokong Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar, Kebenaran Pasti Menang!

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  2. Abu bakar ni rasa rasanya dia orang upahan ...untuk sapa Wallahualam...so apa saja yang dia tulis jangan baca nanti tak pasal2 kita pun ikut berdosa...so skip je...buat tatapan orang Umno..mukriz ni...baby mahadey..so tok sa kriaulah sangat...depa anak bini tak kebuloq lah...lepas isu ni sure depa anak beranak p vacation sakan...tengoklah kalau hangpa tak percaya...depa ni banyak duit...tak ketja 7 keturunan pun depa tak kebuloq lah...so..biaq pi dengan depa..janji rakyat kedah hidup aman dan dapat kemakmuran bila Umno pegang kuasa tu yang penting lah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan org upahan, bakar ni penulis blog yg tak da org nak baca tu yg dok sibuk spam blog org lain..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....