KANTOI MENIPU? Alahai TSMY.....


Alahai TS Muhyiddin Yassin. Kenapa sampai perlu berbohong untuk dapatkan perhatian. Terimalah kenyataan bahawa Tan Sri bukan lagi Timbalan Perdana Menteri atau pun Menteri Pelajaran. Janganlah direndah-rendahkan maruah serta harga diri Tan Sri demi perkara-perkara kecil sebegini.

Semalam agak heboh juga di media mengatakan TSMY dihalang bagi memasuki sebuah sekolah untuk perasmian acara sukan. Nak tahu apa cerita sebenarnya? Jom baca ni....

Penjelasan ini dipetik melalui portal Bicara News yang mendedahkan perkara sebenar di sebalik "kisah sedih" tersebut.
Muhyiddin Yassin tidak dijemput secara rasmi di acara sukan di Subang Jaya minggu lalu dan hadir ke program itu sebagai tetamu peribadi, kata Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya.
Presiden Kelab, Dr Mohd Nazir Abu Bakar berkata pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan USJ14, di mana acara itu diadakan tidak tahu Muhyiddin akan hadir ke acara itu.
Baca: MUHYIDDIN DILARANG? Fitnah Dan Malaysiakini Berpisah Tiada?
“Oleh itu, kenyataan bahawa sekolah dan kelab diarah menghalang Muhyiddin daripada memberi ucapan, adalah sangat tidak tepat.
“Hanya pegawai kami dijadual memberi ucapan untuk perasmian. Kami percaya Muhyiddin menerima maklumat yang salah,” kata Mohd Nazir dalam satu kenyataan.
Muhyiddin, dalam satu catatan di Facebook Ahad lalu berkata beliau dimaklumkan bahawa pihak sekolah menerima arahan tidak membenarkan beliau bercakap dalam acara itu.
Bagaimanapun kata Muhyiddin, beliau telah menjangkakan perkara itu dan sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.
Menurut Mohd Nazir, acara tersebut adalah pelancaran liga bola sepak untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun yang diuruskan oleh ibu bapa dan perlawanan diadakan di padang sekolah berkenaan.
“Liga kami, bagaimanapun, dijalankan secara berasingan daripada sekolah, dan bukan merupakan sebahagian daripada aktiviti sekolah,” kata Mohd Nazir.
-Bicara News
BB : Kepada Tan Sri.....berfikirlah sebelum membuat apa-apa kenyataan. Apa yang berlaku ini menunjukkan kelemahan diri Tan Sri sendiri. Walau pun telah dipecat atau bahasa lain digugurkan dari TPM, masih ramai yang menyokong Tan Sri secara peribadi. Maka, janganlah hal-hal seremeh dan sekecil ini merosakkan keyakinan, kepercayaan dan sokongan mereka ke atas Tan Sri.

Berjuanglah secara bijak. Bukan dengan tuduhan naif sebegini.

Fikir-Fikirkan...

6 ulasan:

  1. ADMIN kenyang makan dedak ker tadi?..brupppp

    BalasPadam
  2. Penipu menipu dan penipuan.......admin buat lah apa yang terdaya kerana bayaran.. Akhirat kamu akan menerima apa yang telah ditakdirkan.

    TSMY tidak akan buat sesuatu yang seperti mana di ungkapkan Admin.

    Agak malang pada ibu yang melahirkan kamu, membesarkan kamu dan menyusukan kamu. Kasihan melihat ibunda kamu kalau dia tahu kamu ini penipu yang besar. Sedih melihat ayahnda yang membesarkan kamu kerana menipu. Andainya kamu tidak menipu....buktikan lah.

    Andai kamu menipu, pohon ampuun pada TSMY dan kedua ayah ibu agar di ampunkan dosa mu.

    BalasPadam
  3. blog sampai barua2 si najib dajal :p

    BalasPadam
  4. Tak payah lah admin kata siapa yang menipu.
    Lebih baik tanya diri sendiri dahulu sebelum
    mengata orang lain menipu. LIdah boleh menafikan apa sahaja, tetapi hati tetap mengatakan apa yang betul.
    Sedar la admin.

    BalasPadam
  5. bagi can la pd tsmy.. ingat senang ke nak terima hakikat hilang jwtn.. TPM lak tu.. sedangkan jwtn MB pun bermati-matian taknak turun inikan pula TPM.. org tu dah puas meraung mcm tak percaya hr ni aku bukan TPM lg.. nak berangan masih TPM pun tak blh ke?

    BalasPadam
  6. Tiga ciri orang munafik....apa?bila berkata dia berdusta,bila berjanji dia mungkiri,bila diberi amanah dia....so fikir fikirkan....muhyidin ni dah ada 2 ...sifatnya...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....