Seramai 124 orang Anggota Parlimen Belia Malaysia (APBM) akan menghadiri persidangan dua hari di Dewan Rakyat bermula hari ini.
Kenyataan Kementerian Belia dan Sukan menyebut 9 lagi anggota tidak dapat hadir atas sebab kesihatan atau mempunyai urusan lain.
Empat usul akan dibahas dengan rumusan perbahasan dua hari sidang Parlimen itu akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan.
Usul terbabit ialah kemampuan belia memiliki rumah mampu milik, langkah menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia, tahap perkhidmatan taska/tadika dan cara meningkatkan keupayaan sara hidup mahasiswa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....