BONGKAR!!! Blogger RPK Dedah Sebab Di Sebalik "Serangan" Tun M?


Umum mengetahui Tun Mahathir begitu lantang menyerang kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak serta barisan pentadbirannya baik dalam kabinet mahupun pentadbiran awam ketika ini. Serangan itu secara amnya mendapat sokongan berbelah bahagi dari rakyat Malaysia baik dari penyokong kerajaan mahupun pembangkang.
Lumrah manusia, setiap apa yang dilakukan pasti bersebab. Dan kita tidak pasti samada serangan Tun M tersebut benar-benar ikhlas atau ada sebab-sebab tertentu yang hanya Tun M sahaja yang mengetahuinya.

Pun begitu, mungkin apa yang didedahkan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) di portal miliknya Free Malaysia Today (FMT) boleh kita fikir-fikirkan....


PETALING JAYA: Serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali barangkali cubaan untuk mendahului serangan (pre-emptive strike), cadang penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin (RPK).

Dalam muatnaik semalam, RPK mendakwa Suruhanjaya Sekuriti sedang menyiasat anak kedua Mahathir, Mokhzani.

Menurut RPK, Mahathir bimbang Mokhzani akan didakwa.

“Sebab itulah Mahathir menyerang Apandi,” tulis RPK. “Beliau mahu mencemar nama baik Apandi supaya orang percaya bahawa Peguam Negara itu orang suruhan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak.”

Dengan cara itu, kata RPK, sekiranya Mokhzani didakwa, Mahathir boleh mendakwa ia merupakan konspirasi politik, sama seperti yang didakwa oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan kesalahan liwat dan dihantar ke penjara.

FMT sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada Suruhanjaya Sekuriti berhubung dakwaan terhadap Mokhzani. - FMT

1 ulasan:

  1. Ohh...gitu ceritanya....SPRM bila pulak nak menyiasat rafizi dan guan eng.....duit mereka dapat dari mana

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....