BEBAS ANWAR : PAS Boikot - Mat Sabu Meroyan Sakan Depan Penjara (Video)

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bersama naib presiden yang juga anaknya, Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mengaminkan doa pada program Himpunan 365 sempena setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, malam tadi. 

PAS Boikot Majlis - Bloglist

Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara di Sungai Buloh malam tadi menyaksikan tiada seorang pun pemimpin PAS hadir memberikan sokongan.

Sebaliknya, sekurang-kurangnya 15 pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyampaikan ucapan secara bertali arus di atas pentas sementara di depan pintu masuk penjara itu.

Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka menjemput PAS bermesyuarat untuk penganjuran acara malam ini sejak 2 bulan lalu tetapi tidak diendahkan.

"Saya rasa terkilan kerana sepanjang perjalanan program daripada mesyuarat ke mesyuarat walaupun kami jemput tapi pimpinan PAS di semua peringkat tidak ada yang hadir dan kemuncaknya tidak ada seorang pun pada malam ini.

"Sedangkan, program malam ini acara rakyat untuk membebaskan ikon perjuangan rakyat bagi meneruskan agenda reformasi," kata pengerusi tetap PKR Sabak Bernam itu ketika ditemui selepas acara tamat pada 12 malam.

Bagaimanapun, ketidakhadiran pimpinan PAS tidak merencatkan mood sambutan acara.

Bahu jalan di depan Penjara Sungai Buloh dipenuhi kereta sejak jam 8 malam lagi.

Gerai menjual makanan ringan turut didirikan, tidak ubah seperti ceramah kempen pilihan raya.

Mencuri perhatian ramai ialah puteri sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah Anwar yang cuba meniup semangat kira-kira 1,000 penyokong.

Katanya, orang ramai tidak perlu bersedih dengan pemenjaraan Anwar yang dianggap sebagai seorang tahanan politik.

"Ingat pesanan saya, jangan sedih.

"Nak sedih buat apa? Bukan kita yang rasuah. Kitalah patriot yang sebenar," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu disambut tepukan gemuruh hadirin.

Selain Nurul Izzah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan ringkasnya menggesa orang ramai untuk meneruskan perjuangan suaminya.

"Selagi hayat dikandung badan kita teruskan perjuangan kerana inilah yang Datuk Seri Anwar mahu kita lakukan," kata Dr Wan Azizah.

Sebelum itu, tepat 10 malam Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah melepaskan beberapa ekor burung merpati ke udara sebagai simbolik kepada gesaan mereka agar Putrajaya membebaskan Anwar.

Pada acara sama, sasterawan negara yang kini menganggotai DAP, Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak bertajuk "Puisi Lara Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Sebelum itu juga, aktivis pelajar Mashitah Sulaiman turut mendeklamasikan sajak berjudul "Rajawali" yang ditujukan kepada Anwar.

Hadir sama pada sambutan malam tadi daripada Amanah ialah presidennya, Mohamad Sabu, setiausaha agung, Anuar Tahir, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Hatta Ramli dan Khalid Samad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim daripada DAP turut hadir dan berucap dalam dialek Jawa.

Majlis tamat dengan bacaan doa diketuai Badrulamin dan nyanyian lagu "Negaraku".

Pada 10 Februari, 2015 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar sekali gus menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mahkamah mengetepikan permohonan Anwar yang meminta hukuman lebih ringan daripada dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum itu dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.

Mat Sabu Berang Sakan - SuaraTv

“Kita semua penakut,” begitulah kata-kata yang dikeluarkan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu di program Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik, yang memperingati ulang tahun pertama pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.


Tindakan berangnya yang membaling mikrofon sebagai tanda protes, turut mencuri tumpuan sekurang-kurangnya seribu peserta yang berada di majlis itu.


Bekas Timbalan Presiden PAS itu sangat marah dengan sikap yang ditunjukkan rakyat Malaysia yang hanya mampu mendiamkan diri apabila Perdana Menteri Malaysia melakukan ketirisan wang dalam sistem pentadbiran Malaysia.

Menurutnya, Najib akan terus berkuasa kerana rakyat Malaysia mengambil langkah berdiam diri.

Katanya, mengapa Malaysia masih belum berubah, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah menyambut kejayaan transformasi politik.

“Sampai bila jadi begini? Kita masih berdiam diri. Bersuara jantan tapi hati betina,” katanya.

Di pengakhiran ucapannya, Mat Sabu menyeru kepada rakyat supaya melakukan perubahan.
*Pembetulan - Anwar dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh

3 ulasan:

  1. Bukan tahanan politik, silap tu, tapi penjenayah LIWAT lah woi. Kalau Anwar hendak dibebaskan, bagaimana pula dengan penjenayah-penjenayah yang lain: perogol, perompak, peragut, pencuri dan lln. Tidakkah mereka juga ingin bebas? Kesimpulannya, jangan libatkan diri anda dengan jenayah. Oleh itu kami rakyat Malaysia menyokong penuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk terus menetap di penjara kajang/Sg. Buluh (Whatever) sampai bila-bila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat sangat tu,saya pun sokong agar anuar aljubri ni terus di penjarakan,kepada anjing anjing anuar aljubri ni tak payah lh nak berhimpun bagai,cukup tempoh nanti bebas lah aljubri sial ni

      Padam
  2. InsyaAllah itupun kalau umur panjang....lah kan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....