1MDB : Tindakan Terkini Britain Buat Ramai Kepanasan!!!


Pihak berkuasa Britain akan membuka semula kertas siasatan terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Perkara itu disahkan oleh Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP), Ramesh Rao yang menerima panggilan dari London berhubung perkara berkenaan.

Menurut Ramesh, siasatan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat beliau di London pada minggu lepas.

“Hari Selasa saya akan hantar salinan dokumen yang saya serahkan di London kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rao sebelum ini telah membuat laporan polis di Malaysia susulan pengakuan video oleh bekas pengarang Lester Melanyi, yang mendakwa Clare dan beberapa individu telah memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB.

PMSP juga telah menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, meminta mereka memberitahu Clare supaya jangan mencampuri urusan politik negara ini

Melanyi sebelum ini mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa diubah suai untuk memburukkan kerajaan, dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melanyi turut mengakui menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Justo telah dihukum penjara selama tiga tahun oleh mahkamah Bangkok selepas didapati bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya, Petro Saudi International. - SUMBER

5 ulasan:

  1. blogger penjilat dedak expired tajaan madey lah yg akan kelupor nanti
    Cer tgk blog Putra Merdeka, Din Turtle.. jenuh spin dan belit lagi lah.. maki hamun Najib

    BalasPadam
  2. Baguslah si Ramesh Rao buat laporan polis di London pasal isu dokumen pasal 1MDB itu, mudah sikit kerja penyiasat kes 1MDB di london untuk dapatkan dokumen mengenai 1MDB nanti.

    Nanti sudah tentu di mahkamah di lonfon itu akan minta dokumen dafi 1MDB bagi membandingkan dengzn dokumen yang ada simpanan Sarawak Report nak tengok, apa yang kononnya dipalsukan itu.

    Kita tengoklah nanti macam mana 1MDB nak putar pasal isu dokumen itu pula.

    Najib pun tak berani saman WSJ pasal isu dokumen 1MDB itu, ini si Ramesh Rao cuba nak memandai, alamat kena maki dengan Najiblah si Ramesh Rao bodoh tu, silap haribulan mungkin Najib tendang muka Ramesh Rao tu, sebab bodoh menyebabkan dokumen 1MDB yang cuba disembunyikan sebelum ini, tak pasal-pasal kena tunjuk kepada mahkamah pula, mahkamah di luar negara pula tu, kalau dalam Malaysia, bolehlah Apandi putar kes tak bagi dakwa di mahkamah, ini mahkamah di negara luar,tak ada apa yang Apandi boleh buat untuk sekat dokumem salah laku dalam 1MDB itu dari dibawa dan dibentangkan dalam mahkamah.

    Harapnya Ramesh Rao tidur 'lena'lah ye, tunggu respon dari Najib pasal hal ini, itulah yang dikatakan 'hajat di hati nak membodek untuk dapat habuan, tapi tak pasal-pasal membongkar rahsia besar yang hendak disorok, kerana kemaruk nak dapat habuan, tak pasal-pasal bakal kena maki, silap haribulan kena pula penendang di muka'.

    Jangan pula tarik balik report pasal hal ni Ramesh, rakyat Malaysia amat berterima kasih atas perbuatan kamu ini, itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia agar 1MDB membawa dan menunjukkan dokumen transaksi mereka itu.

    Alhamdulillah, kebenaran akan terbongkar, insya Allah Malaysia dan Barisan Nadional akan terselamat dari kehancuran, penyamun yang selama ini bermaharajalela menyamun harta negara dan menyalahgunakan undang-undang dan jabatan kerajaan akan diheret ke mahkamah dan dihumban ke penjara disebabkan balaci mereka kemaruk nak bodek hingga menjerat bos mereka pula.

    Syukur Alhamdulillah, kebenaran pasti menang.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau tak mampu buat blog sendiri ke lahanat.. ke blog kau tak laku

      Padam
  3. Lah...abu bakar yang terbakar hatinya....nak cuba buat fitnah lagi ke....ramesh rao nak takut apa...Najib tak salah pun..macm kes altantunya dah dah sah sah sirul sumpah atas nama Allah tak Najib tak ada kaitan...so kes 1 MDb .ni..kalau salah pun orang yang diamanahkan untuk mengurusnya bukan Najib ceo ...kesian lah. Orang kalau dah busuk hati..dengki tak sudah sudah ni lah jadinya ...tak pelah abu bakar ...kau solat lah macmna pun tapi amalan kau umpama daun daun kering terbakar....sia sia je...cukup lah jadi batu api

    BalasPadam
  4. wayang tu...biasala satu kapal

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....