RM2.6 BILION : Apa Respon TSMY Dengan Pengumuman AG?


Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menggulas keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dalam isu wang RM2.6 bilion ringgit.

Muhyiddin sebelum ini disingkirkan dari Jemaah Menteri dan juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran mengkritik Najib berhubung wang derma itu.

Sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, Ahli Parlimen Pagoh itu hanya tersenyum tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Ketika diminta mengulas mengenai krisis UMNO di Kedah, Muhyiddin bagaimanapun memberitahu supaya tunggu kenyataannya di media sosial Facebook.

“Saya selalunya keluarkan kenyataan jika saya mahu bercakap mengenai sesuatu. Tunggulah,” katanya.

Kemuncak Muhyiddin mengkritik Najib adalah apabila beliau secara terbuka menyuarakan pandangannya di Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras.

3 ulasan:

  1. Respon aku kenapa Najib tak bagitahu Muhyiddin awal2 dulu ? Kenapa perlu pecat dia Dan juga Shafie Afdal? Kenapa perlu lari daripada program Nothings to hide? Kenapa tak cakap sendiri pada rakyat? Kenapa perlu macai2 bagi perbagai alasan yg tak masuk akal? Kenapa tangkap Dan ugut pegawai2 Sprm?.

    BalasPadam
  2. Sekarang pun sudah bermula rancangan untuk memburukkan pegawai atasan SPRM dengan kaedah menyebarkan berita2 yang menunjukkan kejahatan mereka dan keluarga.

    Inilah kaedah Najib dan macai2 dia. Rosakkan imej mereka yang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka asalkan ia terselamat dari sebarang kesalahan yang dilakukannya.

    BalasPadam
  3. Kenapa Najib tak bagitahu Muhyiddin awal2 dulu ?
    J: Kamu mana tau Najib tak bagitau awal2 kt Muhyidin

    Kenapa perlu pecat dia Dan juga Shafie Afdal?
    J: Kamu tau ke agenda Muhyidin dan Shafie menyebabkan mereka dipecat?

    Kenapa perlu lari daripada program Nothings to hide?
    J: Kamu tau tak implikasi kalau pergi program tersebut?

    Kenapa tak cakap sendiri pada rakyat?
    J: Aii kamu tak tau ke.. kan dia dah cakap melalui media dan juga melalui TPM. Malah semua rakyat dah tau pun sehingga penyiasatan

    Kenapa perlu macai2 bagi perbagai alasan yg tak masuk akal?
    J: Aii...tak masuk akal?...kamu tau tak setiap alasan bersandarkan kepada situasi apa?

    Kenapa tangkap Dan ugut pegawai2 Sprm?
    J: Aii... main tuduh2 ni. Betul ke ada ugut? Bukti??

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....