PERDANA MENTERI : Mampukah Najib Bertahan?


Dr Mahathir dan Muhyiddin kini dalam dilema. Jika mereka teruskan rancangan untuk menggulingkan Najib dan walaupun mereka berjaya dan Najib tersingkir namun mereka dalam bahaya memandangkan Zahid akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dan Zahid tidak akan menjadi proksi mereka dan membiarkan mereka menjadi de facto Perdana Menteri. Jadi, apa yang mereka perolehi dengan menyingkirkan Najib?

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri selama 13 tahun dari 1957 hingga 1970.

Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri selama hampir lima tahun setengah dari 1970 hingga 1976.

Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri selama lima tahun setengah dari 1976 hingga 1981.

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri selama lima tahun setengah dari 2003-2009.

Najib Tun Razak setakat ini merupakan Perdana Menteri selama enam tahun dari 2009 hingga ke hari ini.

.................................................

Semua di atas, sudah tentu, diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Tunku menjadi Perdana Menteri selama 13 tahun sebelum beliau digulingkan dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebelum bersara dan kuasa diserahkan kepada Tun Abdullah.

Bagaimanapun, Dr Mahathir juga mungkin menjadi perdana menteri untuk lima setengah tahun jika pasukan B berjaya menewaskan dia. Tetapi Dr Mahathir berjaya mengalahkan pasukan B dengan membentuk sebuah parti baru supaya musuh-musuhnya boleh disingkirkan dari Umno, dan ianya menyelamatkan beliau.

Sepuluh tahun kemudian satu lagi percubaan menggulingkan beliau dilakukan dan Dr Mahathir terselamat dengan menahan mereka yang menentang beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beliau kemudiannya memenjarakan pemimpin kumpulan itu iaitu Anwar Ibrahim, di bawah kesalahan rasuah dan liwat.

Dr Mahathir terselamat dari dua rampasan kuasa, mula-mula semasa beliau menjadi perdana menteri selama lima tahun setengah dan kedua ketika beliau memegang jawatan perdana menteri selama 16 tahun.

Najib juga mengalami satu percubaan rampasan kuasa selepas lima tahun setengah memegang jawatan perdana menteri. Beliau juga terselamat dari rampasan kuasa tersebut dan masih memegang jawatan perdana menteri. Mungkin akan ada satu lagi percubaan rampasan kuasa ke atasnya tetapi kemungkinan besar ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Ruang untuk rampasan kuasa yang pertama telah tertutup jadi sekarang Najib perlu ‘menunggu’ kemungkinan rampasan kuasa lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Dan ini seolah-olah menjadi trend dalam politik Umno. Setiap lima tahun setengah tahun Umno akan menggulingkan atau cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri. Jika dia masih terselamat maka rampasan kuasa seterusnya dalam 5-10 tahun kemudian. Dan jika dia masih terselamat dalam rampasan kuasa kedua maka dia boleh bersara dengan sendiri.

Tun Razak tidak disingkirkan tetapi dia meninggal dunia sewaktu menjadi perdana menteri. Tetapi ia masih selepas lima tahun setengah seperti Tun Hussein dan Tun Abdullah. Ia seolah-olah menjadi penanda aras, lima tahun setengah. Kemudian sama ada kamu mati atau mereka akan cuba menggulingkan anda daripada jawatan perdana menteri, seperti dalam kes Dr Mahathir dan Najib.

Tidak syak lagi, ini bukanlah tradisi Umno tetapi ia seolah-olah menjadi trend. Dalam lima tahun setengah anda akan menghadapi tempoh yang kritikal dalam kerjaya anda dan jika anda berjaya mengharunginya maka anda boleh bertahan lima hingga sepuluh tahun dan selepas itu anda akan menghadapi cabaran yang kedua pula.

Saya meramalkan Najib telah terselamat dari tempoh kritikal tersebut dan beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya umum akan datang. Walau bagaimanapun, selepas 2020 hingga kira-kira 2025 dia akan menghadapi cabaran seterusnya. Persoalannya siapa yang akan membawa cabaran kedua kerana Dr Mahathir tidak lagi akan wujud ketika itu?

Ada yang mengatakan bahawa cabaran kedua akan datang dari Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. Saya anggap ini sekadar khayalan kerana Zahid amat setia kepada Najib. Jika tidak Najib tidak akan melantik beliau sebagai orang nombor dua beliau.

Malah, kedudukan Zahid sendiri tidak selamat. Beliau hanya Timbalan Perdana Menteri tetapi belum lagi menjawat jawatan Timbalan Presiden Umno. Mula-mula beliau perlu mendapatkan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana jika terjadi apa-apa terhadap Najib maka tidak ada jaminan yang Zahid akan menjadi Perdana Menteri. Umno mungkin akan memilih Timbalan Presiden untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, itu bermakna Muhyiddin Yassin.

Jadi Zahid perlukan Najib sebagaimana Najib perlukan Zahid. Ia demi kepentingan bersama. Jika Najib duduk berbincang dengan Zahid untuk merangka pelan peralihan maka tidak ada sebab bagi Zahid untuk tidak memastikan bahawa Najib berjaya. Survival Najib bermakna survival Zahid juga. Itulah yang berlaku dalam politik.

Jadi tugas pertama Zahid adalah untuk mengambil alih jawatan Timbalan Presiden Umno. Beliau sendiri mungkin boleh berbuat demikian kerana beliau mempunyai sokongan akar umbi yang sangat kuat. Tetapi dengan Najib di belakangnya maka peluangnya akan meningkat. Najib boleh menyokong beliau untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Zahid pula boleh melindungi Najib bagi memastikan tiada siapa menikam beliau dari belakang.

Dr Mahathir tahu bahawa ruang untuk menggulingkan Najib telah tertutup. Dalam tahun 2013 Dr Mahathir menggunakan isu Melayu-Cina untuk menyerang Najib,sepertimana isu yang sama digunakan terhadap Tunku. Ianya gagal. Kemudian beliau bawa isu Jambatan Bengkok dan HSR ke Singapura, seperti yang dilakukannya terhadap Tun Abdullah. Itu juga gagal. Kemudian beliau beralih kepada isu 1MDB. Dan itu juga, gagal. Jadi, tidak ada isu-isu baru yang Dr Mahathir boleh lontarkan terhadap Najib.

Masalah dengan isu 1MDB ialah Dr Mahathir telah disalah maklumkan. Muhyiddin memberi maklumat palsu kepada Dr Mahathir dan dengan maklumat palsu tersebut beliau menyerang 1MDB tentang RM42 bilion hilang ke udara nipis. Orang ramai kini mula untuk memanggil Dr Mahathir M42 atas kebodohannya menelan segala maklumat salah tersebut.

Muhyiddin Si kitol berkata segala-galanya dia tahu tentang 1MDB adalah apa yang dia baca dalam The Edge. Jadi, walaupun Muhyiddin menghadiri kesemua mesyuarat Kabinet dan juga mempengerusikan salah seorang daripada mesyuarat tersebut namun sumber maklumat beliau bukan dari mesyuarat ini tetapi dari The Edge. Perkara yang Muhyiddin tidak dedahkan adalah bahawa dia dan orang-orangnya merupakan pihak yang memberi maklumat kepada The Edge.

Pendek kata, Muhyiddin dan orang-orangnya yang memberi maklumat kepada The Edge dan kemudian beliau menggunakan maklumat dari The Edge untuk diberikan kepada Dr Mahathir. Sepatutnya Dr Mahathir dapat menghidu perkara ini tetapi beliau gagal berbuat demikian. Justeru itu, Dr Mahathir telah ditipu dan beliau mula “menjerit” mengenai RM42 bilion hilang ke udara nipis.

Dr Mahathir dan Muhyiddin kini dalam dilema. Jika mereka teruskan rancangan untuk menggulingkan Najib dan walaupun mereka berjaya dan Najib tersingkir namun mereka dalam bahaya memandangkan Zahid akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dan Zahid tidak akan menjadi proksi mereka dan membiarkan mereka menjadi de facto Perdana Menteri. Jadi, apa yang mereka perolehi dengan menyingkirkan Najib?

Ribut telah berakhir. Kini Najib boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negara untuk dua tahun akan datang memandangkan dunia sedang menghadapi banyak ketidakpastian. Kemudian pada tahun 2018 beliau akan menghadapi pilihanraya umum dan pemilihan parti Umno. Tetapi beliau mempunyai dua tahun setengah sebelum beliau perlu memikirkan tentang perkara itu. Pada ketika itu Dr Mahathir (jika dia masih hidup) dan Muhyiddin akan menggerakkan kekuatan mereka.

Kemudian Najib perlu merancang untuk tahun 2020 dan seterusnya, yang mana masih terlalu jauh untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada masa itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....