PADAH : Aksi Dan Posting Riak Anak Che Ta Dikecam Netizen!!!


"Whoever said money can't buy happiness simply didn't know where to shop," 

Ammar Effendy, anak kepada pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, memuat naik gambar diri dan adiknya memegang beg shopping dalam percutian mereka di luar negara dengan kapsyen seperti di atas.

Gambar yang dimuat naik ke laman Instagram itu mengundang teguran netizen yang menasihatkannya agar tidak terlalu 'show off' kekayaan keluarganya. 



Bagaimanapun, Ammar mengambil pendekatan menjawab teguran wanita bernama Surayazk itu.

"Takpelah, yang penting I tak shop online, I use real cash," katanya diselitkan dengan emoticon senyum. 

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan balas yang diberikan oleh Ammar, Suraya merakam comment anak Che Ta itu dan memuat naik di laman Twitter dan menerima 2,949 retweets!


Akibatnya, ada segelintir netizen juga turut mengambil kesempatan mengkritik Ammar di Twitter. 

"Dia kaya, bolehlah kata begitu. Padahal duit mak bapa yang dia guna. Unexpected dia cakap begitu tetapi nevermindlah sebab duit takkan dibawa masuk ke kubur," kata mereka. 

Perkara itu mendapat perhatian dari Che Ta yang bertindak meninggalkan komen di Instagram anaknya itu. 


"Ya Allah! Apalah nak komen macam ini? Anak-anak mestilah merasa bahagian dari mak bapanya. InshaAllah dia akan mampu dapat apa yang dia nak bila dia dah berjaya nanti. Jangan dengki ya dik. Masing-masing ada bahagian masing-masing," kata Che Ta sebelum komen itu dipadam.

Kita sesungguhnya sebagai insan adalah makhluk yang sangat lemah. Allah swt sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firman-NYA yang bermaksud,"dan manusia dijadikan bersifat lemah"(surah an-Nisaa' ayat 28).. Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja dan sesiapa sahaja...termasuklah seorang da'ie itu sendiri.

Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, wujud tanpa kita sedar, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan seluruh ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Takrif Riak

Riak adalah penyakit rohani yang boleh mengancam aqidah umat Islam. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Imam al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Allah swt berfirman mafhumnya:

"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak"

Firman ALLAH lagi yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
(surah al-Baqarah, ayat 264)

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau pernghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan ALLAH.

Akhirul kalam dari ana, untuk menjauhkan diri ataupun membersihkan hati daripada amalan riak maka setiap Muslim hendaklah memperhitungkan diri sendiri berapa banyak kebaikan serta dosa yang dilakukan supaya terus berhati-hati dalam setiap gerakan dan apa juga tindakan yang akan dilakukan.

Firman ALLAH swt yang bermaksud:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah ali-Imran: 135)

1 ulasan:

  1. org yg riak dan org yg dengki dgn kekayaan org lain sama2 bangang..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....