Polis merampas 30 butir peluru hidup dan menahan tujuh individu dipercayai ahli kumpulan militan Daesh dalam beberapa siri serbuan selama tiga hari, bermula kelmarin.
Semua suspek terbabit ditahan Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, hasil maklumat dan soal siasat ke atas seorang suspek berusia 28 tahun, yang ditahan di Stesen LRT Setiawangsa pada 15 Januari lalu.
Dalam serbuan di sekitar Lembah Klang, Johor, Perak, Kedah dan Pahang itu juga, polis turut merampas puluhan buku jihad, buku dan video yang mempunyai elemen propaganda terhadap Daesh, baju serta bendera.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut mengucapkan tahniah terhadap kejayaan pasukan berkenaan, yang bertindak pantas mengesan sebarang elemen militan dan pengganas menerusi laman sosial Twitter miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....