MARA DIGITAL : Kejayaan Singkat Buat Teresa Kok Meroyan?


Syabas DS Ismail Sabri, Syabas anak Melayu. Tinggallkanlah momokan bahawa Melayu kalau berniaga "hangat-hangat tahi ayam" atau "ali baba" sahaja. 

Baru sebulan dibuka, ternyata Mara Digital Mall mendapat sambutan luar biasa apabila peniaga peralatan produk telekomunikasi dan komputer meraih jualan melebihi sasaran.
Penyelia GreenFone, Muhammad Azmer Abdul Rahman, berkata syarikatnya memperoleh jualan RM80,000 jauh lebih tinggi berbandng sasaran awal sekitar RM40,000 sebulan.

Peniaga yakin pusat sehenti produk IT dan komunikasi itu akan lebih mendapat sambutan kerana produk yang ditawarkan lebih murah dan dijamin tulen.

Azmer berkata, kejayaan meraih jualan melebihi sasaran itu kerana produk yang ditawarkan lebih murah berbanding di tempat lain.

“Banyak pelanggan mencari model Asus dan Lenovo dan disebabkan itu, kita menumpukan kepada dua ‘brand’ ini,” katanya ketika ditemui pada Isnin.”

Jurujual Forte Solution Sdn Bhd, Mohd Naim bin Md Kawil pula berkata, Mara Digital Mall juga berjaya menarik pelanggan dalam kalangan bukan Bumiputera dan pelancong asing.

“Mereka bercadang nak datang ke Low Yatt tapi bila tengok Mara Digital Mall telah dibuka mereka datang sini,” katanya.

MARA Digital mungkin dianggap sebagai Low Yatt 2, atau menciplak konsep perniagaan Low Yatt yang menjual barangan digital telekomunikasi. Namun, lebih daripada itu sebenarnya, MARA Digital adalah suatu usaha berterusan pihak kerajaan untuk mengangkat usahawan Bumiputra khususnya orang Melayu yang menceburi perniagaan ini.

Justeru, penulis tidak faham kenapa begitu banyak pihak yang menentang idea ini. Untuk rekod, MARA Digital yang pertama seumpamanya telah pun dibuka dan dilancarkan dengan jayanya oleh Dato' Sri Ismail Sabri pada 8 Disember 2015. Ia adalah simbol kejayaan yang besar ertinya bukan sahaja kepada Dato' Sri Ismail Sabri, tetapi juga buat orang-orang Melayu di kota raya yang sering ditipu dan dianiayai oleh peniaga-peniaga barangan digital telekomunikasi seperti yang sering dilaporkan berlaku di Low Yatt.

Dato' Sri Ismail Sabri tampil dengan iltizam yang lebih besar untuk membuka lebih banyak premis perniagaan yang sama di seluruh negara. Usaha ini amat wajar kerana sebahagian besar pengguna adalah terdiri daripada orang Melayu sedangkan perniagaan ini dikuasai oleh bangsa lain. 

Sampai bila Melayu hanya mahu jadi pengguna dan membayar pada harga yang mahal? Jika idea MARA Digital ini berjaya, saya percaya monopoli ini akan dipecahkan dan orang Melayu akan mendapat hak yang lebih seimbang serta terbela.

Syabas Dato' Sri Ismail Sabri. Syabas kerajaan Najib Razak.

6 ulasan:

  1. Kalau amoi tua punya bangsa tak ada tipu....kami ok je tapi amoi tua lu punya bangsa suka tipu jual..phone tipu..habis kami tak suka selalu kena tipu...

    BalasPadam
  2. Yg penting dkt Mara DiGital tak da kelibat mat2 bangla nepal dan indon

    BalasPadam
  3. ISMAIL MEMANG HEBAT....MACAMNI LA MENTERI MELAYU YANG KITA NAK,FIKIR MACAMNA NAK BELA BANGSA MELAYU..TAHNIAH PAK MENTERI

    JANGAN DOK JADI MACAM SESETENGAH MENTERI BANGANG TAHAP GABAN, ASAL BERCAKAP JA TURUS NAMPAK BODOH HAHAHA

    BalasPadam
  4. TAHNIAH DAN SYABAS.....ALHAMDULILLAH SYUKOR.
    SEMOGA TERUS BERJAYA.

    BalasPadam
  5. tahniah pak menteri...sejak dahulu lagi mana2 kementerian yg dipegang nampak menjadi...teruskan perjuangan....peduli dgn puak legasi 22 tahun yg berjuang utk waris dan kroni yg dah teramat kaya....ambil peduli kami rakyat pulak...
    harap tiada lagi perjanjian bodo dan bangang era 22tahun yg untungkan waris dan kroni!!!!!

    BalasPadam
  6. assalam. sbg orang melayu muslim kita mesti berhati2 dgn org2 yg mempunyai tanda2 niat yg x baik kpd Tanahair, bangsa & agama. SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM mengangkat darjat & kemuliaan sesuatu bangsa yg menganutinya...INI JANJI ALLAH SWT!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....