#KedahBergolak : Mukhriz Hampir Pasti | Reaksi EXCO Kedah Perkembangan Terkini


"Kalau itulah beritanya, Alhamdulillah saya amat gembira sebab saya harap isu ini dapat diselesai dengan segera," demikian reaksi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya desas desus mengenai Kedah bakal mendapat Menteri Besar baharu pada Rabu ini.


Namun ujarnya, beliau tidak tahu menahu sejauh mana maklumat tersebut, namun berasa gembira sekiranya berita itu menjadi kenyataan.

"...Tetapi saya tidak tahu, kalau isu itu betul saya amat gembira," katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal Pro-BN MYKMU yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya lagi, beliau gembira kerana jika Kedah mendapat menteri besar baharu, insya-ALLAH negeri Kedah akan aman seperti biasa.

"Kerana semua pihak, dan rakyat Kedah ini amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

MUKHRIZ HAMPIR PASTI DISINGKIRKAN

Sehingga lewat petang semalam, 19 wakil rakyat telah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyatakan sokongan mereka terhadap penyingkiran menteri besar.

"Kesemua mereka telah mengesahkan SD mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Mukhriz," kata sumber itu pada Ahad.

Daripada 19, 17 adalah dari Umno manakala dua lagi adalah dari MCA.

Antara yang terakhir menandatangani SD berkenaan ialah Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datin Nor Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Adun Kota Siputeh,Datuk Hasan Sarif.

Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu beberapa wakil rakyat Kedah di Langkawi pada Ahad.

Sumber lain berkata halangan akhir bagi kumpulan itu untuk mendapatkan persetujuan daripada istana Kedah.

Beliau berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan setelah pihak istana memberikan persetujuannya.

Beliau berkata Ahmad Bashah adalah calon utama untuk menggantikan Mukhriz namun istana telah meminta agar lebih banyak nama dimasukkan dalam senarai cadangan.

Nama lain yang turut disebut ialah sebagai pengganti untuk Mukhriz termasuk Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar

2 ulasan:

  1. bodo.. kalau tak suka mukhriz camna pun awat yg dok buat kelam kabut sngat.. nampak sngat depa ni tak penah berubah perngai masing2 tajol urus blah la wei.. mukhriz pun kalau dah pegang title MB bual la keja mcm MB bknnya buat keja mcm kat 7-11 plak bodo jugak ank mamak sekoq nih..

    BalasPadam
  2. inilah hukum karma namanya.. mulut berkokok sana sini ekor penuh ngan taik.. dok sibuk melawan bos tak sedar yg kita juga adalah pemimpin.. cth melalui teladan.. ingatkan mukhriz dpt jwtn naib presiden lps shafie bebal tu melawan tokey rupanya hujan d tgh hari..haha

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....