#KedahBergolak : Kalau Mukhriz Benar, Mengapa 21 ADUN Kedah Dipanggil Mengadap?


Heboh di media sosial surat yang dikeluarkan oleh Mukhriz antaranya mengatakan Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan murka dengan krisis kepimpinan di Kedah. Akan tetapi penulis agak musykil dengan dakwaan tersebut andainya perkembangan terkini ini diambil perhatian.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan mengadakan satu pertemuan bersama 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah daripada Barisan Nasional (BN) pada Isnin.

Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu Menteri Besar di negeri berkenaan, lapor The Star, hari ini.

Memetik sumber politik, akhbar itu melaporkan, perjumpaan yang akan dilakukan di Alor Setar itu bagi membolehkan Jemaah menilai sama ada majoriti ADUN BN menyokong rancangan menukar menteri besar itu.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan menemui semua 21 wakil rakyat dari BN, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Bagaimanapun, pertemuan dengan Mukhriz akan dilakukan secara berasingan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua UMNO, Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media mengumumkan 14 daripada 15 ketua UMNO bahagian di negeri itu mahu Mukhriz disingkirkan dan merayu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuangnya.

Ekoran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur bagi mengemukakan tiga calon bagi menggantikan Mukhriz.

6 ulasan:

  1. Bangang betul pemikiran blogger beli bangkit ni.

    Sebenarnya apa yang perlu disoalkan adalah, KALAU AKUAN BERSUMPAH YANG DITANDATANGANI OLEH 19 ADUN KEDAH DIPEROLEH SECARA SAH, MENGAPA PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN PANGGIL SEMUA ADUN BN MENGHADAP. Itu baru tajuk yang betul.

    Sebab sebelum ini Bashah boboimenipu dalam sidang media dengan kata seluruh kepimpinan UMNO Kedah hilang kepercaysan kepads Datuk Ser Mukhriz. Sedangkan keesokkan harinya, Ketua Wanita UMNO Kedah kata dia ditipu untuk hadir sebab jemputan ke lokasi sidang media itu katanya untuk taklimat parti, tapi taklimat tak ada, buat pula sidang media membohong.

    Malaha EXCO Kedah seperti YB Aminuddin dan YB Suraya menyatakan mereka menyokong Datuk Seri Mukhriz dan malahan perkara ini tidak pernah dbincangkan di dalam mesyuarat UMNO Kedah, dan tiada perbincangan pun di peringkat bahagian.

    Bila dah ada penafian begitu dari kepimpinan UMNO Kedah, maka kumpulam Bashah boboi yang didalangi oleh Najib memaksa para Adun BN Kedah untuk tandatangan surat yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Mukhriz. Puak Bashah boboi - Najib kata 20 Adun Kedah telah tandatangan surat itu.

    Tapi bila wartawan tanya dua Adun Kedah dari MCA, iaitu Adun Gurun dan Adun Kulim, mereka berdua menafikan tandatangan surat itu, malahan Adun Kota Seputeh mendakwa beliau diugut, malahan dikejar oleh orang-orang suruhan Bashas boboi dan Najib hingga beliau hampir terjatuh ke dalam laut membuktikan perilaku samseng Najib dan Bashah boboi untuk paksa para Adun BN di Kedah supaya ikut telunjuk mereka.

    Maka tajuk oleh blogger kaki ampu dan juak bayaran Najib ini adalah amat memalukan dan perbuatan yang sangat hina dan biadap.

    Insaflah, berubahlah jadi insan yang jujur.

    Sedarlah semua,

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Blogger oooi....

    Itu maksudnya jemaah pemangku sultan pun TIDAK PERCAYA kepada najip. Mereka nak buat penilaian dan siasatan sendiri.

    Kalau itu pun hang tak reti2...memang bangang la jawabnya. (Bukan aku cakap ok...najip yang cakap blogger pro kerajaan macam hang memang bangang..hehehe)

    BalasPadam
  3. Suka hati mooo.lah nak habaq apa pun....kamu semua ni dah jadi tukang tilik ka...tahu maksud semua tersirat kat kepala orang ..moo hebat...betui....kita tengok sajalah...tok sah pandai2 kutuk blogger belia bangkit...kalau moo semua tak setuju buat apa baca blog...ni moo semua pilah baca blog mcm otak moo ni semua ..otak kaki putaq alam dan kaki fitnah

    BalasPadam
  4. standard 'kayu' admin belia bangkit ni.penjilat tegar biasa la...kalau tak...tak masyuk

    kaki putar alam hidup memang lagu tu la

    BalasPadam
  5. Kita nak MB yag boleh buat kerja bukan Berselfie aja...

    BalasPadam
  6. Alah jadi MB pun kerana Anak Bapak. Bukan ada keupayaan sendiri. kalah dengan KJ pun dah cukup malu. Anak Bapak ni jika tak ada bapak dia mana mungkin diangkat jadi MB Kedah.

    Kira Najib dah bagi muka kat bapak dia. Alih2 bila majoriti ADUN BN tak sokong Najib pulak yang kena fitnah.

    Memang Haramjadah puak komunis kaki hasut. Najib tetap PM, daripda dok jilat juboq Cina yang berak calit lebih baik pi jilat pongkoq kerbau.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....