IMBAS KEMBALI : Mahathir Guna Kuasa Presiden Lantik Sanusi Jadi MB Kedah


ADA 15 kawasan Parlimen di Kedah. Ada 15 ketua bahagian Umno di Kedah. Ada 15 ragam dan mereka ini, berpuak-puak – yang nyata, ada orang Perdana Menteri, ada orang bekas Perdana Menteri dan ada orang – makan keliling!
Ni saja nak imbas kembali. Suatu ketika, apabila ada berita mengatakan Tan Sri Sanusi Junid mahu dilantik menjadi MB Kedah, orang Umno Langkawi menumpaskan Sanusi sebagai ketua bahagian itu. Mereka tidak mahu mendengar nasihat Dr. Mahathir padahal ketika itu, Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Bagi mempertahankan egonya, Dr. Mahathir tetap melantik Sanusi menjadi Menteri Besar walaupun Sanusi bukan di kalangan ketua-ketua bahagian di Kedah. Malahan, Sanusi turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Maka jadilah Sanusi ketua kepada ketua-ketua bahagian walaupun Sanusi bukan dari kalangan ketua bahagian.

Siapa yang Sanusi lantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan? Sanusi lantik Setiausaha Politiknya, Dato' Rozai Shafian. Padahal, kebiasaannya, penjawat jawatan setiausaha perhubungan adalah dari kalangan ketua bahagian. Namun, Sanusi merubahnya!

Ini semua cerita lama. Cerita di mana, ketika Dr. Mahathir masih lagi berkuasa, pun ada bahagian di Kedah yang tidak mempedulikan kehendaknya. 

Hari ini 20 Januari 2016, langkah dan usaha ke arah penggantian MB kedah, Mukhriz Mahathir baru saja bermula secara terang dan jelas walau desas-desusnya telah lama. Kalau benar sekalipun usaha tersebut, apa masalahnya? 

Mungkin Najib telah berlajar akan "kesilapan" dua Perdana Menteri terdahulu yang melantik MB dari mereka yang bukan ketua bahagian umno di Kedah. Pelantikan Sanusi Junid dan Mahdzir Khalid pada ketika itu dan terakhir Mukhriz Mahathir yang bukannya dari kalangan Ketua Bahagian tidak banyak membantu menyelesaikan masalah kepimpinan umno Kedah.

Soalnya, Siapa Bakal MB Kedah bagi menggantikan Mukhriz Mahathir?

Kita tungguuuu........

5 ulasan:

  1. Mb yg akan dilantik nanti adalah perlantikan sementara sehingga pru14 nanti. Selepas tu Mb Baru adalah drp pembangkang...Rakyat dah muak dgn pemimpin umno yg bercakaran sesama sendiri mengaut laba dari najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke bukan tun dan anak-anak dan kroninya dah lama kebas laba negara kita

      Padam
  2. apa komen minah indon tu, tak da kena mengena dengan issue, admin jangan lah benar komen bodoh macam ni berulang ulang...tak bawa apa faedah pada kita org Malaysia..

    BalasPadam
  3. Tak ada kerja lain ka nak flashback kena dekat Dr Mahathir?

    Habis semua yang Najib buat salah semua diletakkan kesalahan di bahu Dr Mahathir. Habis tu Najib berak pun salah Dr Mahathir jugak ke?

    Orang Kedah dah meluat dengan permainan bodoh Najib dan orang2 suruhan beliau di Kedah...game over!

    BalasPadam
  4. Semoga Najib akan terus diberkati dan dilindungi Allah.
    Musuh2 akan terus memfitnah dan menghasut tetapi Najib tetap menjaga rakyat dan memperjuangkan Islam.
    Hanya anjing2 dapigs, anjing2 murtad dan anjing2 lgbt saja yang masih menyalak mendengki dan menghasut.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....