APA KES? : Mukhriz Cuba Raih Simpati Di Mesyuarat MT UMNO?


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Menara Dato Onn PWTC 3.05 petang tadi. Menurut sumber, beliau hadir ke PWTC bertujuan untuk menghadiri mesyuarat MT UMNO. Namun tiba-tiba pada jam 3.58 petang, beliau keluar dari bilik mesyuarat.

Ketika ditemui wartawan sebelum beredar dari PWTC, Mukhriz berkata beliau diberitahu tak perlu hadir mesyuarat MT UMNO petang ini. Bagaimanapun, suasana sekitar PWTC tenang. Tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku.

Menurut Mukhriz ketika ditemui media di lobi PWTC berkata, arahan keluar itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Mereka kata, pada siapa yang hadir tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya,” kata Mukhriz.

Sebelum itu, ketibaan Mukhriz di PWTC disambut dengan laungan dan sorakan daripada penyokongnya.‎

“Hidup Datuk Seri Mukhriz. Hidup Datuk Seri!,” sorak sebahagian penyokong yang hadir.

Mesyuarat MT dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan dipercayai kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah akan diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak dipercayai mengemukakan tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menggantikan Mukhriz.

Nama itu dikatakan dikemukakan ketika pertemuannya di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur.

Tiga nama itu ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Kehadiran Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukanlah secara otomatik ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mereka yang kalah atau tidak dilantik sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.

Sekiranya tiada jemputan, maka tiada sebab untuk beliau turut hadir dalam mesyuarat terbabit. Sekiranya dimaklumkan tidak perlu hadir maka tiada asas peraturan untuk beliau tetap hadir.

Malah kehadiran Pengerusi Negeri hanya sebagai "turut hadir" dan tidak boleh memberi pandangan kecuali diminta.

Maka tiada sebab untuk Datuk Paduka Mukhriz Mahathir hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini kecuali beliau mahu menjadikan ini sebagai propaganda politik dan menagih simpati.

8 ulasan:

  1. Ini adalah bukti rejim Najib makin zalim, tak pasal-pasal Datuk Seri Mukhriz dijadikan mangsa kerana kerakusan Najib nak terus berkuasa.

    Sedarlah Datuk Seri Mukhriz tak ada skandal jenayah, beliau tak tubuhkan syarikat gunakan dana negeri sebanyak RM 1 juta dan kemudiannya buat hutang sebanyak RM 42 bilion lepas tu melesapkan RM 27 bilion wang yang kononnya pelaburan tapi sampai ke sudah tak ada bukti apakah yang dilaburkan itu, malahan Datuk Seri Mukhriz juga tidak pernah ambil wang syarikat kerajaan negeri sebanyak RM 42 juta masuk akaun peribadi, lepas tu tak pernah pula Datuk Seri Mukhriz gunakan wang kerajaan negeri berjuta-juta ringgit lagi untuk bayar kad kredit yang tidak diketahui untuk apa perbelanjaan itu. Begitu juga tiada kejadian di mana timbalan pendakwaraya di Kedah yang mati dibunuh lepas tu disimen dalam tong drum, lepas tu dihumban ke paya sepanjang Datuk Seri Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah. Begitu jugalah dalam akaun peribadi isteri Datuk Seri Mukhriz tak ada pun RM 2 juta yang dimasukkan oleh pegawai kerajaan negeri.

    Tetapi Najib pula, banyak skandal jenayah, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa. Najib buat syarikat guna duit negara RM 1 juta, lepas tu buat hutang RM 42 bilion, kemudian RM 27 juta dari hutang itu lesap entah ke mana, kononnya pelaburan itu dan ini, tapi sampai ke sudah tak dapat dibuktikan labur untuk apa sebenarnya. Kemudian bila syarikat yang hutang RM 42 bilion itu dah teruk, wangnya banyak diselewengkan, hutang bank pun tak mampu bayar, malahan faedah bank pun tak mampu bayar, maka aset-aset strategik negara seperti stesen janakuasa yang menjana 14% tenaga elektrik di negara ini telah dijual kepada syarikat milik kerajaan asing, lepas tu, hartanah strategik negara di ibu negara yang berkeluasan 488 ekar, 30% ekuiti hartanah itu dijual kepada syarikat milik kerajaan asing juga.

    Bukan itu sahaja dalam akaun Najib pula, ada wangRM 2.6 bilion, bila ditanya wang itu dari mana sumbernya, maka pecat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKLW ketika itu. Kemudian katanya wang itu dari Arab yang derma. Siasatan dibuat oleh pihak Peguam Negara, tengah siasatan dibuat Peguam Negara dipecat dari jawatannya dengan tuduhan sakit, tapi baru-baru ini Peguam Negara yang dituduh sakit itu dah diberi jawatan sebagai Pengerusi Sarawak Energy pula, hari tu kata sakit dan tak mampu nak jalankan tugas, sekarang dah diberikan jawatan lain pula, tak tahulah apa yang dah jadi. Orang tanya apakah yang dibuat dengan wang itu, macam-macam alasan diberikan, ada yang kata digunakan untuk kempen parti, lepas tu untuk lawan IS, lawan Yahudi, tapi bukti perbelanjaan wang seperti senarai perbelanjaan wang, resit perbelanjaan wang pun tak ada.

    Bukan itu sahaja, ada wang RM 42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, malahan terdapat wang-wang lain juga digunakan untuk bayar kad kredit yang tak diketahui untuk apa dibelanjakan kad kredit itu, wang itu dari SRC, anak syarikat Kementerian Kewangan, malahan Najib sendiri adalah berjawatan Advisor Emiritus yang berkuasa besar dalam SCR, takkan tak tahu pasal pengaliran wang sebanyak itu ke dalam akaun peribadinya? Malahan selama ini akaun SRC International tak pernah diaudit ke sampai pengurusan SRC Internatioanl dan Kementerian Kewangan yang merupakan induk SRC International tak tahu pasal pengaliran wang itu ke dalam akaun peribadi Najib?

    Bersambung..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambungan......................

      Pihak SPRM menyiasat dengan teliti oleh pasukan penyiasat mereka, bila siasatan dah dibuat, maka Peguam Negara kata tak ada kes, kes dibuang begitu sahaja sedangkan ada prima facie terhadap kes berkenaan di mana dokumen pemulangan derma kepada tok arab, malahan proses kemasukkan wang dari SRC ke dalam akaun Najib adalah tidak diketahui pun siapa yang buat, siapa yang arah, atas keputusan apa arahan itu dibuat, semuanya tak diketahui, tapi Peguam Negara kata Najib tak salah dengan alasan bodo tak tentu hala.

      Tengoklah, Najib penuh dengan skandal, tapi dengan penuh tak tahu malu sibuk berpaut kepada kuasa dengan sokongan oleh pegawai kerajaan yang korup seperti Peguam Negara itu.

      Tetapi lihatlah pemimpin yang bersih, mesra rakyat, berhemah seperti Datuk Seri Mukhriz dipecat, diainaya sedemikian rupa.

      Ahli-ahli UMNO kalau tidak dapat menilai perkara ini, maka bodohlah ahli-ahli UMNO itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa Najib mengkhianati parti, Najib mengkhianati negara, Najib menindas orang yang tak bersalah, Najib menyalahgunakan kedudukan, kuasa, jawatan, pangkat, dan kerajaan untuk kepentingan dirinya, tapi ahli UMNO masih biarkan begitu sahaja.

      Selamatkanlah parti, selamatkanlah negara ini, ahli UMNO ada kuasa untuk buang Najib itu dari parti, gunakan kuasa anda, buat perhimpunan mendesak parti memecat Najib, kuasa rakyat adalah kuasa yang kuat, gunakan kuasa yang ada itu, insya Allah kuasa Allah Yang Maha Tinggi yang berkuasa ke atas segala-galanya akan turut membantu rakyat dalam menyelamatkan negara ini dan menyelamatkan UMNO serta Barisan Nasional.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar.

      Padam
    2. apo bondo yg ko merapik ni bai.. kalau nak tulis panjang2 buek laman blog sendiri...

      Padam
  2. Ulasan kamu ni abu bakar...aku bakul sampah je...rubbish....kau marah sangat ngn najib mesti tak dapat projek kot....itulah lain kali cari rezeki minta rezeki dengan Allah..bukan manusia dah tak dapat mengamuk sakan biasa lah tu...kes orang yang kecewa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau faham ke tidak komen saya tu, saya bukannya suka-suka benci dengan Najib, tapi tengoklah Najib sanggup ainaya orang yang tak ada buat salah, tapi Najib yang banyak skandal jenayah dan menyalahgunakan kuasa untuk halang pendakwaan itu boleh syok sendiri pula.

      Kalau kata aku fitnah, hasutan jahat bagai, sila bantah hujah saya di atas dengan hujah kamu.

      Ini bukan masalah kecewa, tapi masalah meluat dengan golongan jahat yang mengkhianat, melakukan kejahatan tanpa tahu malu.

      Jawab komen saya itu, kalau kamu merapu tak tentu hala pun, apa gunanya, mencerminkan kamu pun bodoh, dan rasa sakit hati sebab kamu menyokong puak jahat dan saya menyokong orang baik yang teraianaya, ini bezanya.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. aku kalu gi mana-mana blog pro bn...terlihat saja nama abu bakar,aku terus troll bawah , tak tengok dah.....nak muntah...geli..

    BalasPadam
  4. ANON 5.57 DAN 6.37 NI AKU MESTI PEMAKAN DEDAK

    AKU TAK NAMPAK ABU BAKAR NI ANTI SESIAPA TAPI DIA MELUAHKAN APA YG DIA RASA..KALAU KAO TAK KAO KOMENLAN ELOK2.

    AKU ORANG KEDAH SANGAT FAHAM KENAPA MUKHRIZ PERLU DISINGKIR...DIA TAK PANDAI MENGAMPU, DIA TAK PANDAI JAMU, DIA KEDEKUT...PUAK BALACI TU PANASLAH....MASUK ANGIN KELUAR ASAP.

    BalasPadam
  5. STANDARD PENJILAT NAJIB MEMANG TIDAK AKAN BACA SAMPAI HADAP. MEREKA TELAH LAMA MAKAN DEDAK

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....