TRAGEDI AIR ASIA QZ8501 : Kesilapan Anak Kapal Punca Nahas


Kesilapan anak kapal menjadi punca pesawat AirAsia QZ8501 hilang kawalan sebelum terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu sehingga mengorbankan 162 nyawa.

Berdasarkan laporan yang disiarkan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) Indonesia hari ini, komputer kawalan penerbangan pesawat Airbus A300-200 itu juga mempunyai masalah dengan rosak berulang kali, termasuk empat kali semasa penerbangan dan 23 kali dilaporkan berlaku di tahun sebelumnya.

“Tindakan susulan daripada anak kapal menyebabkan pesawat itu hilang kawalan.

“Kegagalan tersebut mengakibatkan pesawat yang terbang secara normal sebaik-baik berlepas, memasuki keadaan pegun yang berada di luar kemampuan dan tidak boleh dikawal oleh anak kapal,” jelas laporan itu.

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

- Utusan

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....