TEMPELAN!!! Itulah Nilai Ahli Melayu Dalam DAP


Jangankan dengan rakan sekutunya, dengan ahli-ahli yang berbangsa Melayu di dalam parti mereka sendiri pun mereka boleh letakkan sebagai tempelan sahaja, ‘diangkat’ hanya untuk memenuhi agenda kepentingan politik mereka semata-mata, ujar seorang pemerhati politik, Kapten (B) Dr. Shamsuddin Moner.
Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Kesatuan Alumni Persatuan Mahasiswa Universti Malaya (PMUM) itu, keadaan tersebut dapat dilihat baru-baru ini bagaimana ‘permainan’ mereka yang menampakkan hanya satu kaum sahaja dominan di dalam pemilihan jawatankuasa sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

“Pemuda Sosialis Dap (Dapsy) yang memperuntukkan 15 kerusi untuk diduduki dari kalangan 15 orang yang memiliki undi tertinggi. Apa yang telah berlaku Dyana Sofya yang menduduki tempat ke-18, dilantik kononnya untuk kuota wanita hingga mengorbankan seorang lagi calon Melayu, Muhammad Shakir yang mendapat tempat ke-15.

“Begitu juga dengan pemilihan jawatankuasa di peringkat negeri Pulau Pinang baru-baru ini juga jelas kelihatan hanya seorang sahaja yang ‘bernamakan Melayu’ berjaya menduduki jawatankuasa tersebut, manakala di negeri Selangor, tiada langsung wakil Melayu yang berjaya menduduki pilihan lima belas dan di Pahang, wakil Melayu yang menjadi Pengerusi negeri akhirnya dijatuhkan.

“Bahkan di Selangor bukan sahaja kaum Melayu yang menjadi mangsa, Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi juga dinafikan hak sebagai pengerusi apabila Tony Pua yang mendapat undi jauh lebih rendah diangkat menjadi pengerusi negeri tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.

Itulah sikap parti Dap, yang kononnya mengamalkan konsep ‘untuk semua bangsa’, hakikatnya amalan tidak seperti apa yang diungkapkan, tambahnya lagi.

“Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu, Zulkifli Mohd Noor juga pernah menyimpulkan kekecewaannya dengan membawa perumpamaan bahawa di mata pemimpin parti cauvanis itu, sumbangan dan nilai ahli Melayu tidak lebih daripada 50 sen sahaja.

“Bukankah ini seolah-olah seperti satu ‘permainan’ kepada nilai Melayu di dalam parti itu semacam barang mainan, ditukar ganti mengikut ‘selera’ pucuk pimpinan dan dijadikan sebagai tempelan sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, begitu juga dengan pendedahan seorang lagi bekas Naib Pengerusi Kebangsaannya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang telah menyatakan kesilapan besar beliau kerana menyertai Dap dan dirinya dipergunakan untuk memancing undi orang Melayu sahaja.

“Contoh lain pula yang harus kita dedahkan kepada rakyat mengenai nilai orang Melayu di mata Dap sebagaimana bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam parti tersebut, Mohamed Razali Abdul Rahman yang meninggalkan parti itu disebabkan tindakan-tindakan parti itu yang hanya mempergunakan orang Melayu demi kepentingan peribadi politik mereka sahaja, bukan untuk menjaga kebajikan seperti apa yang terjadi kepada nasib penjaja-penjaja kecil dan kampung-kampung tradisional di Pulau Pinang.

“Di mata mereka, nilai orang Melayu di dalam parti itu hanyalah demi undi semata-mata, kerana mereka tahu pakatan pembangkang bukanlah satu entiti yang sah dari sudut undang-undang, di mana bila-bila sahaja boleh berpecah sebagaimana yang terjadi antara mereka dengan Pas.

“Ini juga menunjukkan rakan sekutu mereka tidak boleh dipercayai untuk mendapatkan undi Melayu,” tegasnya lagi.

Beliau juga beliau berkata, Pas, bekas rakan sekutu mereka sebagaimana kenyataan Naib Ketua Pemudanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin turut mengakui bahawa Dap hanya bergabung untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila sudah berkuasa mereka angkuh serta bangga mencanangkan bahawa parti itu mendapat sokongan masyarakat Melayu tetapi dalam masa yang sama ternyata masih gagal menempatkan pemimpin Melayu dalam kalangan kepimpinan mereka melalui proses undian.

“Kita perlu sedar dan insaf bahawa tangisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin dari rakan sekutunya sendiri juga tidak diendahkan, apatah lagi rakyat kebanyakan.

“Adakah perjuangan Dap relevan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 3 (1) yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Fasal 152 (Bahasa Melayu) dan Fasal 153 (keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera)?”, soalnya. – Media UMNO.

1 ulasan:

  1. DAP adalah parti anti Melayu dan anti Islam.

    Parti kafir rasis yang bertujuan untuk menjahanamkan Melayu Islam.

    Jangan tunggu sampai terlambat! Singapura yang dahulunya lebih Melayu sekarang diiktiraf sebagai sebuah negara cina. Melayu singapura dah jadi warganegara kelas-3 di tanah air sendiri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....