SURAT TERBUKA : Jawapan Balas Buat Tun Mahathir


Surat Terbuka Untuk Tun Mahathir

1. Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih buat Tun kerana telah menyampaikan surat kepada kami, ahli akar umbi UMNO ini. Jika dahulu, kami ini nak jumpa Tun pun susah, tetapi sekarang boleh dapat surat rayuan dari Tun. Maka berbangga dan berbesar hatilah kami menerima dan membaca surat tersebut.


2. Tun, saya langsung tidak dapat bersetuju dan bersama dengan Tun dalam 'perjuangan' Tun pada kali ini. Sedarkah Tun, apa yang Tun hamburkan terhadap kerajaan sekarang mengenai kebebasan bersuara dan media merupakan perkara yang sama yang dilakukan Tun semasa Tun menjadi PM. Waktu itu kami sokong dan kami setuju kerana bagi kami, negara ini memerlukan kawalan dan kebebasan bersuara haruslah ada hadnya. Dan pendirian kami tidak berubah dari dulu, sedih juga apabila kami lihat Tun sudah berubah dari apa yang Tun percaya dan Tun laksana ketika menjadi PM dahulu. Mesti Tun tahu apa yg saya maksudkan tu.

3. Saya sama sekali tidak bersetuju jika Tun katakan UMNO/BN akan kalah pada PRU14 disebabkan isu-isu yang ada sekarang dan pertukaran pemimpin boleh menyelamatkan UMNO. Pertama, kerana Tun pernah menggunakan formula ini untuk menjatuhkan Pak Lah dahulu dan sekarang terbukti formula Tun tersebut tidak berkesan. Sebenarnya Tun, walau siapapun yang menjadi Perdana Menteri, saya pasti bahawa kerajaan tidak akan terlepas dari isu dan fitnah yang direkayasa oleh pembangkang. Sehinggalah mereka dapat menumbangkan UMNO dan meletakkan calon mereka sebagai Perdana Menteri. Saya rasa skandal dan isu semasa di zaman Tun lebih hebat berbanding sekarang, tetapi Tun bernasib baik kerana zaman Tun tak ada media sosial seperti sekarang.

4. Tun, sebenarnya Tun lah yang akan menjadi punca sebenar kekalahan UMNO dan Barisan Nasional. Tidakkah Tun sedar ketika kerajaan diserang dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang baik namun kurang popular seperti perlaksanaan GST, Tun tidak membantu kerajaan malah mengambil peluang untuk mencurah minyak dalam api. Tun mengambil peluang kemarahan rakyat ini untuk menambah rencah dengan cerita-cerita 1MDB. Sedangkan kerajaan dan jentera UMNO/BN masih dalam fasa untuk memberi penerangan kepada rakyat. Jika Tun terus menyerang tanpa memberi peluang kepada jentera parti untuk bekerja, maka inilah punca kekalahan UMNO dan Barisan Nasional.

5. Tun menyuruh kami akar umbi UMNO menolak DS Najib sebagai Presiden, tetapi pemilihan UMNO bukan dalam masa terdekat ini. Jadi kenapa membuang masa untuk bermain politik dalaman ini. Lebih baik kami turun ke padang berjumpa rakyat untuk mendekati mereka. Apakah Tun sedar realiti ini? Bahawa kami ahli UMNO jika ingin menukar pemimpin pun harus menunggu pemilihan. Atau Tun pura-pura lupa dan sekadar seronok untuk menkucar-kacirkan keadaan. Mungkin Tun lupa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mcmmana la Tun boleh tewas di bahagian utk pemilihan ke kuala lumpur (G7) setelah menjadi mantan perdana menteri.

6. Tun, saya juga meminta Tun agar menghormati kami akar umbi UMNO ini yang terus mempertahankan parti dan kepimpinan sedia ada. Janganlah dilekehkan kami dengan tuduhan kononnyaa kami menerima habuan daripada PM atau menteri-menterinya. Apakah di mata Tun kami ini terlalu lemah dan tidak mampu berdikari untuk mencari sumber pendapatan sendiri? Ramai antara kami tidak pernah berjumpa PM atau menteri tetapi masih lagi mempunyai kerjaya yang baik dan perniagaan sendiri.

Akhir sekali dari saya, sudah lah Tun. Jika Tun tidak mahu membantu kami memenangkan parti, Tun duduk berdiam sudahlah. Jangan ditambah masalah kami dan janganlah dipecahkan perpaduan kami. Kalau Tun rasa nak kembalikan kami ke jalan yang benar , elok lah Tun bermula dari rumah perbetulkan lah anak sulung Tun tu dulu.

ANIS AZIZ
Mantan Exco PPUM


Surat terbuka ini susulan Surat Terbuka Tun Mahathir yang diposting di blog beliau :

1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.
2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.
4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.
5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.
6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.
7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.
8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.
9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.
10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.
11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.
12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.
13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.

3 ulasan:

  1. MAHATHIR, DAH TUA NAK MAMPUS PUN MASIH BELUM PUAS KUMPUL DOSA KE?
    TAK CUKUP SAPU DUIT RAKYAT UNTUK KRONI2? UNTUK ANAK2?
    TAK NAK BERI NASIHAT KEPADA ANAK BETINA LESBIAN KE?

    RUMAH TUN KAT MINES RESORTS TU BERAPA NILAI NYA? JUTAWAN CINAPEK YANG 'MEMBERI' TANAH ITU KEPADA TUN DAH BERAPA BANYAK KONTRAK KERAJAAN YANG DIA DAPAT?

    BalasPadam
  2. Tak faham lah spesis apa yang seronok di perbodohkan dan dirompak . Dah spesis perompak apa nak kato

    BalasPadam
  3. Tak apa Tun M kami akan pastikan umnobn terkubur pada pru 14 nati. Kami akan pastikan ramalan Tun M itu akan menjadi kenyataan kali ini...kami dah bosan hidup sengsara dibawah kerajaan umnobn ini.Selamat tinggal ucapan kami yang kecewa dengan cara kerajaan umnobn mentakbir Negara Malaysia yang kami sayangi ini. Kami amat2 merasa kecewa , selana ini susu yang kami bagi tuba yang kerahaan bagi pada kami . Terima kasih umnobn..kami tak akan benarkan kerajaan ini memerintah selapas pru 14 nanti...Aamiinnn...semuga doa kami yang kecewa ini dikabulkan ...demi masa depan anak dan cucu cicit kami di kemudian hari nanti. Kami tidak mahu dipersalahkan oleh mereka kerana membuat pilihan yang salah berulang2 .

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....