RUMAH ADA SALIB? Pemaju Perumahan Dikecam Tidak Sensitif!!!


Kerajaan negeri meminta agar pemaju sebuah syarikat perumahan di Langkawi supaya memperbetulkan semula struktur bahagian bumbung rumah yang kelihatan seolah-olah seperti simbol salib supaya isu tersebut tidak berpanjangan.

Sebelum ini, gambar perumahan tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat kecaman ramai pihak.

Exco Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memandang serius akan perkara tersebut dan berharap agar syarikat perumahan terbabit memberi kerjasama yang sewajarnya.

“Saya minta pemaju syarikat perumahan berkenaan lihat semula masalah ini supaya tidak nampak lagi bentuk seolah-olah salib pada bahagian bumbung rumah.

“Saya tidak mahu ia dipanjangkan kerana ia isu sensitif melibatkan keagamaan. Pemaju perumahan harus pastikan ia dapat diperbetulkan semula,” katanya lapor Sinar Online.

Tambahnya juga, kerajaan akan memantau perkara itu dari masa ke masa.

Gambar kawasan perumahan berkenaan yang viral sejak 22 Disember lalu dikongsi lebih dari 2,322 pengguna Facebook lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....