KERAPU MAHAL : LADA Jawab Isu Harga "TERLAMPAU" Di Langkawi


Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, pelanggan juga boleh membuat anggaran kerana harga makanan berkenaan sudah ditunjukkan dalam menu. 
Khalid berkata demikian mengulas posting yang dibuat dalam media sosial oleh seorang pengunjung dari Perak yang berkata, beliau dicaj bayaran tidak munasabah semasa makan makanan laut di sebuah restoran. 

Pengunjung itu berkata, beliau dikenakan caj sehingga RM1,131 untuk makanan yang antara lain berupa empat kilogram ikan kerapu harimau, udang dan sotong bersama 18 anggota keluarganya. 

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya peka dengan rungutan kos barangan dan perkhidmatan tinggi di pulau ini akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang mereka keluarkan. 

Namun katanya, pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan. 

“Ia mempunyai kaitan dengan penawaran dan permintaan, namun kita tidak mahu harga (barangan dan perkhidmatan) dinaikkan secara melampau ketika ramai orang berkunjung ke Langkawi,” katanya. 

Artikel Berkaitan :

CAJ TERLAMPAU!!! Pelanggan Restauran Terkejut Dapat Bil Makan RM1,131

1 ulasan:

  1. tak buley blah arr dengan alasan pegawai LADA nih..sori la kalau kasaq tapi mcm bodo punya alasan..kalau nak backing pun patut2 la sikit bhai..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....