FITNAH PM : Blogger Didenda RM457 Ribu!!!


“Beliau telah, dalam erti kata mudah, menggelarkan plaintif seorang pencuri sedangkan beliau sebenarnya ingin mengkritik dasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (CPF) kerajaan yang diketuai oleh plaintif.

“Beliau tidak mempunyai asas untuk menggelarkan plaintif seorang pencuri dan ia sama sekali tidak perlu jika beliau bermaksud untuk mengkritik dasar CPF,” kata Lee dalam penghakiman bertulisnya.

Mahkamah Tinggi Singapura memerintahkan seorang blogger membayar RM457,222 (S$150,000) sebagai denda ganti rugi kerana memfitnah Perdana Menteri negara itu, Lee Hsein Loong.

Penulis blog, Roy Ngerng dalam artikel yang diterbitkan tahun lalu didakwa mengaitkan Lee dengan perbuatan salah laku membabitkan pengurusan dana dalam skim simpanan persaraan mandatori.

Mahkamah Tinggi juga sebelum ini mengarahkan Ngerng membayar kepada Lee RM88,407 (S$29,000) dalam yuran guaman.

Para pemimpin Singapura sebelum ini bertindak menyaman atau menyelesaikan kes saman di luar mahkamah dengan media asing yang didakwa memfitnah mereka namun ini kali pertama seorang penulis blog berdepan tindakan seperti ini.

Hakim Lee Seiu Kin berkata, Ngerng bertindak dengan niat jahat.

Penghakiman bagaimanapun katanya dibuat dengan mengambil kira pendirian sederhana Ngerng sekaligus mewajarkan “pengurangan besar” dari apa yang telah diberikan kepada pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam kes serupa pada masa lalu.

Ngerng di laman Facebooknya berkata, beliau perlu membincangkan langkah seterusnya dengan peguamnya.

“Saya telah meletakkan kes itu di belakang saya dan cuba meneruskan kehidupan.

“Apa yang lebih penting bagi saya, adalah bahawa kita melakukan apa yang kita percaya dan bersungguh-sungguh mengenainya serta bekerja keras untuk menjadi orang yang jujur,” katanya.

Hmm.... Di Malaysia?

1 ulasan:

  1. Bagus le. Sapa suruh duk fitnah tanpa bukti.
    Harap2 pemimpin2 kita di Malaysia pun buat macam ni. Tak payah lay nak demand maaf or saman.
    Yang betulnya saman je. Buat masa rakyat je layan cerita palsu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....