Wow! Hebat betul. Penjawat awam di negeri dapat setengah bulan gaji sebagai bonus, tetapi ADUN dan Exco dapat "bonus" setiap bulan sekali ganda. Hebat...hebat....Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dijangka meluluskan pindaan yang akan menyaksikan anggota exco kerajaan negeri mendapat peningkatan gaji hampir 100 peratus manakala gaji ADUN pula akan berganda.
DUN bersidang mulai hari ini hingga Jumaat.
Ia dijangka meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980, untuk membolehkan kenaikan gaji untuk exco negeri, ADUN dan pemimpin pembangkang negeri.
Kenaikan gaji akan membabitkan semua kategori, termasuk speaker DUN Pulau Pinang tetapi tidak melibatkan gaji ketua menteri.
Pindaan yang dijangka diluluskan pada Jumaat ini akan menyaksikan kenaikan gaji berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Kali terakhir gaji wakil rakyat di Pulau Pinang dinaikkan adalah pada tahun 2013, selepas Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) mengekalkan negeri untuk penggal kedua.
Elaun ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid akan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 (50 peratus kenaikan), manakala gaji pokok speaker Law Choo Kiang akan dikaji semula dari RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Gaji anggota exco kerajaan negeri pula akan meningkat daripada RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Semua gaji 40 ADUN akan hampir berganda daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo, apabila diminta mengulas berkata: “Gaji kami adalah antara yang paling rendah di negara ini”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....