RIYADH – Jika disebut nama Radiah Binti Sarip, mungkin ramai kalangan kita tidak mengenalinya, namun kemunculan pramugari ini menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan sensasi pengguna media sosial.
Gadis berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh dunia.
Graduan Universiti Malaysia Pahang ini khabarnya pernah bertugas sebagai model fesyen berhijab di negara kelahirannya, Malaysia namun kini dilaporkan menetap di Jeddah dekat sini demi tuntutan kerjayanya tersebut.
Foto-foto dirinya lengkap bertudung dengan memiliki postur badan bertubuh tinggi benar-benar menjadi contoh kepada ramai remaja perempuan Muslim untuk ‘berhijrah’ mengenakan hijab sebagai gaya hidup seharian.
Radiah sendiri terbukti menyerlahkan teladan apabila membuktikan kecantikan seseorang wanita bukan terletak pada keseksian pakaian yang mencolok mata lelaki, sebaliknya jelita waima mengenakan busana patuh Syariah.
Saudi Arabian Airlines sendiri malah terkenal di seluruh dunia sebagai antara syarikat udara komersial patuh Syariah selain Royal Brunei Airlines, Iran Air dan paling baharu, Rayani Air Malaysia. – Mynewshub.cc/HAA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....