TUTUP JAKIM : Anak Bekas TPM Mahu Negara Kembali Ke Zaman Jahiliyah!!


G25 ialah kumpulan orang pencen mahukan perhatian. Semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, nama- nama yang menyertai G25 terlibat dalam meluluskan IPP yang menyebabkan kerajaan kerugian berbillion ringgit saban tahun. 

Sumber dari BANGKIT.INFO : 

Malah, Dato' Farida Ariffin juga gagal menjalankan tanggungjawabnya mempertahankan Kedaulatan Negara sehingga Pulau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura. Ada laporan yang menyatakan bahawa bahan bukti bergambar yang digunakan pasukan Farida ialah foto palsu yang dimuatturun dari internet.

G25 ialah sekumpulan manusia Gagalis. Gagal dalam banyak tugasan yang pernah diberikan kepada mereka semasa mereka seharusnya memperkasakan Kerajaan dari dalam. Kini, mereka diluar, berlagak seperti hero. Seperti pepatah Melayu, ibarat Ketam Batu mengajar anaknya jalan betul.

Kini mereka cuba pula menjadi hero dan heroine tercandu perhatian yang sangat diperlukan mereka.

Dalam temuduga bersama Malaysian Insider, Tawfik Ismail, anak Allahyarham Tun Dr Ismail, beliau mencadangkan supaya JAKIM dimansuhkan dan beliau mahukan supaya amalan personal orang-orang Melayu jangan turut diganggu oleh agensi-agensi agama seperti JAKIM.

Beliau mahu Malaysia untuk undur berpuluh tahun ke belakang ke zaman di mana rumah keluarganya boleh menghidangkan minuman keras untuk dijamu pada menteri-menteri yang hadir.

Versi Malaysia undur ke belakang dengan menteri kabinet mabuk wiski itu adalah versi Malaysia idamannya.

Dibesarkan di dalam rumah penuh wiski, maka tidak hairanlah Tawfik Ismail selesa bersama Gagalis 25.

2 orang dari Gagalis 25 sudah pun kembali ke Rahmatullah. Baki Gagalis 25 bukanlah masih muda remaja. Ke mana sahabat mereka pergi, ke situ jugalah mereka akan turut serta.

Cukup-cukuplah dengan isu IPP yang membebankan negara dan hilang kedaulatan negara hasil tangan Gagalis 25 ini. 

Nasihat terbaik tidak mungkin kita akan dapati daripada mereka yang pernah gagal kecuali nasihat supaya manusia jangan meniru perbuatan mereka.

Semoga Tawfik diberikan Taufik dan Hidayah.

1 ulasan:

  1. Dato farida ni akan jadi ahli forum geng Islam liberal dari US bulan ni. Buat kat Msia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....