TERUK DAH!!! PKR Sanggup Menghalalkan Apa Saja Untuk Kebebasan Anwar!


Rosak dah PKR ni, sanggup buat apa sahaja demi Anwar Ibrahim termasuk menggadai kedaulatan negara dan maruah pejuang-pejuang yang terkorvan si Lahad Datu. 

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga merupakan ADUN Seri Setia hari ini tampil membela gambar-gambar Nurul Izzah bersama-sama jurucakap lanun-lanun Sulu yang menyerang dan cuba menguasai Sabah bagi pihak Filipina, Jacel Kiram.



Gambar-gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram, telah dimuatnaik oleh Jacel Kiram ke laman Facebook peribadinya.

Kata Nik Nazmi, masyarakat tidak seharusnya mengalihkan perhatian mereka dengan isu ini terutama sekali yang membabitkan pemenjaraan Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram adalah tentang KEBEBASAN ANWAR IBRAHIM. (RUJUK SINI)

Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dalam jenayah liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya.

Nurul Izzah dan PKR secara keseluruhannya cuba menggambarkan yang hukuman atas jenayah liwat yang dijalani oleh Anwar Ibrahim adalah bermotifkan politik walaupun berbelas-belas orang peguam Anwar Ibrahim sepanjang tempoh perbicaraan tersebut, langsung tidak menampilkan bukti dan fakta tentang unsur-unsur politik, sebaliknya berbelas-belas orang peguam yang diupah oleh Anwar Ibrahim, termasuklah dari luar negara, hanya mempersoalkan bidang teknikal forensik dan amalan perundangan membabitkan perubatan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung mahupun di Mahkamah Persekutuan.

Nik Nazmi menuduh Barisan Nasional sedang memutarbelitkan isu pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram dalam usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada deklarasi PBB yang Anwar Ibrahim telah ditahan secara tidak sah.

Lebih menarik lagi ialah, menurutnya, bukan Nurul Izzah yang mengaturkan pertemuan tersebut sebaliknya, rakan PKR di Manila sebagai sebahagian daripada pertemuan Nurul Izzah dengan ketua masyarakat berpengaruh sepanjang lawatan Nurul Izzah ke Filipina.

Dengan kata lain, pertemuan, perbincangan, rundingan atau makan malam dengan Jacel Kiram atau dengan sesiapa pun yang menjadi musuh rakyat negara ini, adalah HALAL selagi mana mereka menyokong pembebasan Anwar Ibrahim daripada penjara!

1 ulasan:

  1. Hehe....pondan simpanan abang non.

    Pondan, malam ni tak bakar lilin kat luat sg buloh ke?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....