KUALA LUMPUR 13 NOV: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim menafikan menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation Bhd.
Terdahulu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili senator Datuk S Nallakaruppan berkata, bekas Ketua Pembangkang itu menerima wang tersebut melalui orang tengah.
Shafee menamakan orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri Menteri Besar Selangor, Shamsidar Taharin.
“Tidak benar. Tuduhan awal kata RM3 bilion sekarang ini dah turun pula, itu semua fitnah jahat,” kata Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi ini.
Dalam sesi soal jawab itu, Shafee mendakwa Anwar menerima wang tersebut di beberapa lokasi antaranya di Bukit Damansara, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan gelanggang tenis di kondominium Tivoli Villa, Bangsar.
Anwar memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan kerana mendakwa wang itu diberikan kepadanya ketika menjadi TPM dan Menteri Kewangan.
Kenyataan itu diucapkan ketika Anwar bertanding dalam Pilihan Raya Permatang Pauh pada 2008.
Anwar yang diwakili peguamnya, N Surendren dan Latheefa Koya hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja putih beserta kod.
Hadir sama memberi sokongan, ahli keluarganya, pemimpin dan para penyokong.
Perbicaraan bersambung 3 petang ini.
Sepatutnya Najib Razak dan Rosmah kamu dakwah di Mahkamah kerana rahsua dan skandal curi wang RM2.6b
BalasPadamAnwar dlm lokap, lagi di fitnah itu lah ini lah 60 juta lah tp knpa skandal Najib Bin Razak Alias Rosmah Binti Mansor curi RM2.6b tdk di tangkap? Knpa PDRM dan SPRM tkt sngt sama dua hewan itu? Klu PDRM & SPRM biarkan hewan ini bererti kamu juga terlibat bersubahat dgn Najib ke atas 1MDB dan RM2.6b
BalasPadamIni kes Anwar. Jngn nak babitkn Najib pulak.
PadamBodoh ke apa.? Duit magnum tu dah ada bukti dan saksi....Nalakaruppan ada video ...tunggu jelah....Najib dan Rosmah makan duit siapa? Ad bukti ke belum? Siasat tak habis dah tuduh orang macam kamu ni lah orang munafik...bila dengar cerita dari kafir laknatullah tak ada bukti terus percaya....
BalasPadam