Gara-gara mabuk cinta meskipun hanya berkenalan kurang sejam di Facebook, seorang lelaki sanggup melakukan sembang video seks dengan seorang wanita yang dikenali sebagai "Mayumi Chua".
Lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ng pada sidang akhbar yang dianjurkan oleh Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA Perak di Ipoh semalam, berkata, mereka hanya berkenalan pada Isnin lalu.
Katanya, wanita itu mendakwa beliau adalah warga Indonesia yang bekerja di Eropah dan setelah berbual hampir 40 minit, wanita itu meminta akaun Skype Ng, supaya mereka boleh melakukan sembang video.
Menurutnya, selepas kira-kira 20 saat bersembang, wanita itu mula menanggalkan pakaian dan mempamerkan aksi yang menghairahkan.
"Saya kemudiannya tidak sedarkan diri dan apabila bangun keesokan harinya mendapati bahawa dia telah menghantar video bogel saya melakukan beberapa aksi lucah.
“Saya langsung tidak ingat bagaimana ia berlaku,” katanya yang dipetik akhbar The Star hari ini.
Menurut Ng yang bekerja sebagai seorang jurujual produk kesihatan, "Mayumi Chua" kemudiannya memberinya tempoh 30 minit bagi menyerahkan RM4,000.
Bagaimanapun beliau tidak berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Malangnya, Ng berkata beliau melihat video lucahnya kemudiannya dimuat-naikkan di laman Facebook, pada petang itu.
"Dia (Mayumi Chua) memuat-naik empat klip video dan juga berkongsinya bersama kawan-kawan saya di Facebook,” katanya kepada akhbar itu lagi.
"Secara jujur, saya tidak pasti jika wanita dalam gambar itu adalah yang bersama saya dalam sembang video. Wajahnya dikaburkan dan dia hanya mempamerkan tubuhnya,” katanya lagi.
Ng mendakwa pernah mendengar tentang kejadian seumpama itu tetapi tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi mangsa.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....