MELAMPAU!!! Calon Presiden US Mahu Masjid Ditutup Kerana Pengganas


WASHINGTON – Bilionair dan salah seorang calon untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump menyatakan, AS perlu ‘menimbang dengan serius’ untuk menutup sebilangan masjid di negara berkenaan bagi mengekang serangan militan.

“Anda perlu memantau dan menyiasat masjid-masjid kerana banyak yang diperkatakan di dalamnya,” kata Trump kepada stesen televisyen kabel, MSNBC selepas serangan berdarah di Paris pada Jumaat lalu yang menyebabkan 129 orang terbunuh.

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls kelmarin memaklumkan bahawa masjid dan kumpulan radikal yang menyerang nilai-nilai murni negara itu perlu ditutup.

MSNBC bertanya sama ada Trump akan melakukan perkara sama di AS jika dia menjadi Presiden.

“Saya tidak suka melakukannya tetapi itu sesuatu yang kamu perlu pertimbangkan dengan serius. Ini kerana sesetengah idea dan sebahagian daripada kebencian, kebencian yang mutlak, datang dari tempat sedemikian (masjid),” katanya.

Trump yang mendahului senarai pencalonan Parti Republikan bagi pilihan raya Presiden AS pada tahun hadapan mahu ‘pemantauan rapi’ ke atas masjid yang dilakukan oleh pentadbiran bandar raya New York susulan serangan 11 September 2001, perlu disambung semula.

Pemimpin-pemimpin Parti Republikan lain setakat ini masih belum membuat kenyataan terbuka untuk menutup masjid-masjid.

Bagaimanapun, selepas serangan di Paris, ramai yang bangkit menentang keras kemasukan pelarian Syria ke AS atas faktor keselamatan. – AFP

BB : Kalau dah yahudi tu, yahudi juga. IS hanya satu organisasi yang hanya mempergunakan nama Islam untuk misi mereka. Kalau betul IS tu memperjuangkan Islam, mengapa tidak Israel yang diserang mereka? Ada banyak lagi bukti siapa di sebalik IS ni.... bukalah mata hati anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....