KEJUTAN!!! Pandikar Amin Akan Letak Jawatan Sekiranya..


"Kenapa harus terburu-buru (hendak mengadakan debat)? Adakah perbahasan itu akan dapat keputusan tuntas?

"Tidak bukan. Jadi kenapa harus terburu-buru... tetapi kalau Kerajaan mahu teruskan perdebatan, saya tidak mahu terlibat (dalam isu ini), saya sedia mengundur diri," katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu melepaskan jawatan beliau sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika mahu berdebat dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Perkara tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berpandangan bahawa penyiasatan PAC yang merupakan jawatankuasa di bawah Parlimen mestilah telus.

Selain itu, Pandikar berkata Arul Kanda juga perlu dilucutkan sebagai saksi dalam siasatan PAC jika ingin meneruskan debat tersebut.

Justeru katanya, jika debat itu diteruskan tanpa mematuhi syarat yang dinyatakan beliau, maka beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Debat atau bual bicara secara siaran langsung di televisyen di antara Pua dan Arul Kanda juga dilihat mendapat 'lampu hijau' kerajaan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah pun menyatakan kesediaan untuk menyiarkan debat itu secara langsung.

Terbaru, Salleh memberitahu bahawa RTM mencadangkan agar debat 1MDB Arul-Tony Pua diadakan pada jam 9 hingga 10 malam Jumaat ini, iaiatu 6 Nov 2015 di Studio 1 tanpa penonton.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan debat ini sebagaipeluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu menyelubungi syarikat pembangunan strategik itu.

2 ulasan:

  1. Apa masalah pandikar ni? Orang di luar sana asyik fitnah 1mdb jadi.......dengan berdebat sahaja baru nampak siapa yang silap.....bila orang menjual kita membeli....dah tony puaka tu yang mengada nak berdebat..dia ingat semua orang bodoh ke tak boleh nak fikir...sekarang padan muka dah nampak dia sendiri nak lari....berlagak sangat ..

    BalasPadam
  2. Kalau crita geng2 amno.... siapa pun tak terkejut beb.

    Yang terkejutnya... Melayu/Islam terus ketinggalan di bawah pemimpin Melayu/Islam.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....