FITNAH!!! Guan Eng Gabra Bila Orang Kuatnya Kena Dakwa


Tak menipu, tak fitnah, itu bukan DAP namanya. Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Februari lalu.

Ng dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan menerusi kolumnya yang disiarkan akhbar Bahasa Mandarin pada 10 Februari lalu.

Dalam artikel yang diterbit akhbar harian Kwong Wah Yit Poh itu, beliau dilapor menuduh Datuk Seri Najib Razak mempunyai agenda peribadi dalam kes liwat membabitkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ng yang mengaku tidak bersalah diwakili peguam, Ramkarpal Singh Deo, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani.

Hakim Ibrahim Osman menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin. - HarianMetro

Ng Wei Aik atau lebih terkenal dengan gelaran gengster tong gas Ahli parlimen Tanjong yang memfitnah Datuk Seri Najib.

Ng Wei Aik orang kuat Lim Guan Eng memang cukup terkenal dengan sikap rasis ultrakiasu chauvanis ,beberapa tindakan beliau di Pulau Pinang mencetuskan kontroversi dengan mengambil tindakan sendiri menghalau para peniaga bukan cina malah beliau juga didapati berbohong beberapa kali.

Ramai pemimpin haprak pakatan perlu didakwa fitnah kerana merekalah punca negara menjadi tidak stabil dan mencetuskan suasana tidak harmoni pelbagai kaum di negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....