Ketika kejadian berlaku saya berada dalam tren untuk pulang ke rumah dan tren yang saya naiki itu tiba-tiba berhenti dan kedengaran pengumuman yang menyatakan telah berlaku sesuatu di stesen seterusnya,” kata seorang rakyat Malaysia di Paris.
Menceritakan pengalamannya mengenai kejadian serangan di Paris semalam, Mohd Farid Razali, 28, berkata, suasana di dalam kereta api kemudiannya menjadi cemas dengan orang ramai mula berlari untuk keluar dari situ.
Menceritakan pengalamannya mengenai kejadian serangan di Paris semalam, Mohd Farid Razali, 28, berkata, suasana di dalam kereta api kemudiannya menjadi cemas dengan orang ramai mula berlari untuk keluar dari situ.
Jelasnya, dia berada kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian iaitu Gare Stade de France-atau stesen kereta api berhampiran Stadium Nasional Perancis kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan.
“Saya boleh lihat ada yang menangis, ada yang menelefon keluarga dan sebagainya, malah saya sendiri turut berlari keluar dari keretapi kerana takut jika terdapat serangan,” katanya.
Mohd Farid berkata, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Aulnay-sous-Bois dengan menaiki bas dan melihat pihak polis sudah mengadakan kawalan di merata tempat.
Mohd Farid berkata, dia kini selamat berlindung di dalam rumahnya dan berdasarkan status Facebooknya, didapati kebanyakan kenalannya rakyat Malaysia juga selamat.
“Saya sudah maklumkan kepada keluarga saya di Malaysia dan pihak kedutaan tentang keadaan saya dan kami rakyat Malaysia sentiasa kemas kini perkembangan terkini dengan mereka,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai jurutera projek di Paris berkata, pihak kedutaan juga telah memberikan nombor telefon kecemasan yang boleh dihubungi rakyat Malaysia melalui Facebook.
Mohd Farid berkata, setakat ini mereka hanya menerima arahan untuk berada di kediaman masing-masing dan perlu memberi bantuan kepada mereka yang terkandas di dalam tren atau bas.
Satu keluarga rakyat Malaysia yang sedang bercuti di Paris pada mulanya mahu makan malam di kedai piza berhampiran Restoran Petit Cambodge, tetapi membatalkan hasrat mereka kerana ia sudah penuh.
Tanpa disedari, langkah itu telah menyelamatkan nyawa mereka kerana restoran tersebut menjadi antara sasaran serangan keganasan yang berlaku malam semalam.
“Restoran itu penuh kerana ia Jumaat malam. Jadi kami mengambil keputusan untuk makan malam di Place de la Republique (Dataran Republik) yang hampir dengan hotel kami, yang terletak kira-kira lapan minit perjalanan daripada restoran yang diserang itu,” kata Muhammad Afifi Che Rawi, 30, yang dihubungi.
Ketika kembali ke hotel mereka, dia berkata, kereta polis telah mula memenuhi laluan ke arah Alibert Street, di mana terletaknya Petit Cambodge.
“Pada masa itu juga, saya menerima berita mengenai beberapa serangan di Paris.
“Tidak lama selepas itu, polis mula membuat sekatan jalan raya di hadapan hotel kami sehingga menuju ke restoran tersebut, menghalang kenderaan daripada memasuki kawasan berkenaan,” katanya yang ke Paris bersama isteri, Shuhada A. Karim, 29, dan anak mereka Imaan, dua tahun.
Malam itu dipenuhi dengan bunyi siren, menambah lagi suasana kekalutan sedia ada, kata Muhammad Afifi yang turut terkejut dengan kejadian tersebut.
“Sekitar pukul 10 malam, seorang wanita yang kelihatan panik, berlari di jalan mana terletaknya restoran tersebut. Dia menangis dan menjerit-jerit dalam bahasa Perancis. Dia berlari ke arah hotel kami.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Pihak polis juga masih mengawal kawasan hotel kami,” katanya.
Muhammad Afifi berkata, dia akan cuba untuk berpindah hotel atau mencari Kedutaan Malaysia kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.
Dilaporkan, sebanyak 153 orang terbunuh dalam serangan itu di beberapa lokasi di Paris, menyebabkan Presiden, Francois Hollande mengarahkan kawasan sempadan ditutup di samping mengisytiharkan darurat. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....