“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli Pas negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan,” Mohd Yusni Mat Piah, Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang,
Pas Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng memecat kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Pas di negeri itu.
Mohd Yusni berkata Pas sudah bersedia berdepan dengan tindakan itu malah mempertikaikan mengapa hanya 300 JKKK sahaja yang dipecat.
Jelas Husni lagi, pihaknya juga bersedia untuk mendedahkan rekod-rekod terperinci JKKK Pas di negeri itu.
“Di setengah tempat, semua JKKK itu adalah ahli-ahli Pas sama ada pengerusi, setiausaha juga seluruh ahli jawatankuasanya. Andai kata kerajaan negeri tiada rekod terperinci, maka saya bersedia mendedahkannya nanti,” katanya lagi.
Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang (BPPPP) , katanya, tetap berfungsi seperti sediakala dan akan terus menyumbang khidmat bakti kepada rakyat sepertimana Pas berfungsi sebelum berjaya menawan Pulau Pinang dari Kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Secara ikhlasnya, kami tidak terkilan atau jatuh lemah dengan tindakan zalim Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang terhadap Pas.
“Seteruk-teruk Pas dizalimi kerajaan UMNO/BN ketika ditendang keluar dari Kerajaan Campuran 1973/1974, Pas tetap berupaya bangkit semula membina kekuatan sehingga keahlian Pas mencecah hampir 1.4 juta orang pada hari ini di seluruh negara,” jelasnya.
Selain itu, Yusni berkata, kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang perlu lebih telus dan berintegriti dalam mentadbir negeri.
“Kenyataan yang tidak benar seperti itu khususnya dari Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon menyerlahkan sisi yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab, jauh dari realiti sebenar yang sedang berlaku di Pulau Pinang,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP memecat 300 ahli JKKK Pas dari Kawasan Parlimen Kepala Batas yang enggan menyokong Pakatan Harapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....