LUNDU: Seorang bapa tampil membuat laporan polis mengesyaki anak perempuannya yang baharu berusia 14 tahun dirogol di dalam bilik sebuah resort di sini, kelmarin.
Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 48 tahun itu risau apabila mendapati anaknya tidak berada di rumah sekitar jam 12 tengah malam Rabu lepas.
Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 48 tahun itu risau apabila mendapati anaknya tidak berada di rumah sekitar jam 12 tengah malam Rabu lepas.
Menurut sumber, dia kemudian terus mencari anaknya sepanjang malam tersebut dan mendapat tahu anaknya keluar bersama seorang lelaki dan bermalam di resort berkenaan.
“Si bapa terus pergi ke resort tersebut dan menemui anaknya di dalam sebuah bilik. Manakala suspek dipercayai berjaya melarikan diri melalui tingkap bilik berkenaan,” kata sumber.
Risau terjadi perkara yang tidak diingini, si bapa kemudian terus membawa anaknya membuat laporan polis berhubung kejadian di balai polis berhampiran.
Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong yang mengesahkan ada menerima laporan berkenaan memberitahu mangsa telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berkenalan dengan suspek melalui media sosial (Wechat) sejak tiga bulan lalu dan telah keluar bersama suspek beberapa kali sebelum ini,” jelas beliau.
Bagaimanapun, siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian masih dijalankan. - UB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....