Kuala Lumpur – Polis menahan tujuh lelaki dan seorang remaja perempuan di Jalan Ipoh, Taman Setapak dan Ampang, selepas kegiatan mereka menyamun seorang wanita menjadi viral di laman sosial.
Suspek berusia antara 16 tahun dan 33 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berdasarkan risikan dan laporan mangsa. Sumber berkata, polis menahan empat lelaki dan seorang remaja wanita berusia 16 tahun di sebuah hotel, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
“Susulan penahanan itu, polis menahan tiga lelaki di Taman Setapak Indah dan Ampang, masing-masing berusia 26 tahun, 25 tahun dan 33 tahun,” katanya. Turut dirampas, motosikal model Yamaha 125, telefon bimbit, pedang samurai dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan jenayah.
Semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa menyamun. Pada kejadian 18 Oktober lalu, seorang wanita disamun di dalam lif di Prima Setapak, di sini, sehingga mengalami kecederaan di dagu dan siku sebelah kiri.
Video kegiatan samun itu kemudian tersebar di laman sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, lapor BH Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....