SIDANG MEDIA : Tun M Hanya Mahu Tunjuk "Kahaq" Dia


Ramai orang tertipu bila percaya sidang media Mahathir pagi semalam adalah mengenai penahanan Khairudin Abu Hasan dan Mathias Chang - 2 balaci utamanya yang buat kerja bagi pihak dia dan kroni-kroninya.

Memang dari sekilas pandang ia adalah sidang media mengenai penahanan 2 ekor tersebut, tapi yang lebihnya ialah medan Mahathir nak tunjuk pasukan barunya dalam usaha untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain muka muka lama seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Kuli dan Sanusi Joned, ada muka baru yang pertama kali muncul iaitu bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Kiat. Setiap satu ini ada masalah masing-masing dan menyokong Mahathir sebagai platform menjadi 'pemberontak tanpa perlu menyokong pembangkang.


Masalah orang macam Muhyiddin, Safie, Kuli dan Sanusi kita sudah lama tahu, ini semua cerita kecewa. Ong Tee Kiat pun ada kekecewaan yang lebih kurang sama. Rasa tidak puas hati terhadap Najib kerana tidak dipilih sebagai calon Parlimen Pandan dalam PRU13 yang lepas, masih berbaki.

Walhal Najib hanya menurut nama yang dicadangkan MCA, pada waktu itu dipimpin musuh ketat Tee Kiat, Chua Soi Lek. Ini sesuai dengan konsep muafakat dalam BN tapi Tee Kiat nampaknya menyalahkan Najib 100% dalam soal tersebut.

Sebelum ini, seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik turut menyatakan kerjasama dengan Mahathir malah meminta Najib untuk meletakkan jawatan. Tak mengapalah, siapa datang pun kita akan lawan.

Dengan pengaruh MCA berbanding DAP pun ibarat langit dengan bumi, maka kerelevanan bekas-bekas orang kuat parti tersebut dalam senario politik Malaysia, sudah tentu boleh dipertikaikan tapi orang orang macam inilah juga yang Mahathir nak guna balik.- SUMBER

Ramai yang terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar tergemparnya pagi semalam.

Rata-rata merasakan ia tindakan itu sebagai 'signal' terbaru bagi meneruskan tekanannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persoalannya mengapa Dr Mahathir secara tiba-tiba mengadakan sidang akhbar tersebut, sedangkan umum mengetahui semua yang hadir itu telah lama dilabelkan sebagai 'orang Mahathir'.

Paling menarik, sidang akhbar tersebut selain menghentam Najib ia juga dijadikan sebagai medan mahkamah untuk membela penahanan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang.

Dr Mahathir turut mengecam, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa serta tidak menghormati undang-undang.

Malah ada di antara mereka yang hadir itu sebelum ini turut bersetuju dan memainkan peranan untuk meluluskan Sosma yang ketika ia dibentangkan di parlimen satu ketika dahulu.

Mengapa baru sekarang Dr Mahathir membangkitkan isu mengenai penyalahgunaan kuasa, sedangkan ketika regim pemeritahannya ramai mangsa telah disumbatkan ke dalam penjara tanpa sebarang alasan yang kukuh dibawah Akta ISA.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir takut banyak rahsia mengenai gerakan jahatnya untuk menjatuhkan Najib akan terbongkar.

Menurut sumber yang enggan mendedahan identitnya itu, Mahathir benar-benar terkejut ketika dimaklumkan mengenai berita penangkapan Khairuddin.

Lebih memeranjatkan Mahathir, selain Khairuddin, bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang turut ditahan di bawah Akta yang sama.

Mahathir sedar dengan penangkapan dua orang budak suruhannya itu, bukan sahaja akan menyebabkan gerakannya untuk mengulingkan Najib akan terjejas.

Namun apa yang paling penting, kedua-dua itu dikatakan banyak meyimpan rahsia sulit mengenai Mahathir.

Ini kerana Mahathir takut, Khairudiin akan membocorkan pelbagai maklumat penting itu kepada pihak polis bagi memastikan dia dibebaskan.

Ia sekaligus akan meletakkan Dr Mahathir berada dalam keadaan bahaya sekaligus memgagalkan usahanya untuk menyingkirkan Najib. (SUMBER)

4 ulasan:

  1. kah..kah..kah.. dgr kata meroyan jg keling madet tun sbb Tunku Razaleigh tk brapa nk support pelan menjatuhkan Najib.. sampai mase pulang majlis forum tu pun Madet blah jalan ke depan.. tinggalkan Tengku Razaleigh di belakang cpt2

    depan kamera boleh lah BOHONG org2 bodoh mcm blogger cacai ni.. kunun sepakat lah musuh2 keling tun madet.. tp yg sbrnya kt luar... org cerdik takkan join kejahatan keling tun madet laknatullah tu..


    tp dh org jemput dtg forum..join je lah.. Tengku Razaliegh kenal siapa keling lahanat tun madet tu.. musuh durjana! sbb tu dia tak serang najib spt madet lahanat tu serang!

    BalasPadam
  2. Tak masuk dek akal..jangan sokong membuta tuli..lebih baik membuat amal ibadat dan lebih berfaedah, kutuk mengutuk amalan syaitan, beristifarlah...

    BalasPadam
  3. Bila pulak Najib nak tunjuk kahaq dia untuk menyaman WSJ,SARAWAK REPORTS, AL JAZEERA DAN LING LIONG SIK?

    BalasPadam
  4. Setiap pemimpin ada balaci,termasuk menjadikan bloger balaci mereka?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....