KUALA LUMPUR - Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai MH370 di Kepulauan Tawi-Tawi, Filipina, Jamil Omar, 46, memberitahu pihak polis ketika ini berada dirumahnya untuk mengumpul maklumat berkaitan laporan dibuatnya kelmarin.
Katanya, pihak polis tiba dirumahnya seawal pukul 9 pagi tadi bertemu dengan saudaranya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
"Mereka (polis) masih berada di rumah saya ketika ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ditanya mengenai bendera yang dibawa ke rumah beliau oleh saudaranya, Jamil berkata, ia bersaiz besar dan sedikit terkoyak.
"Ketika menjumpai bendera ia dalam keadaan kotor, dan saudara saya telah membasuhnya sebelum membawa ke rumah saya," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....