Selama ini para penganalisis dan pemerhati politik sepakat dan bersetuju bersama betapa setiap ceramah sama ada kecil, kelompok maupun perdana tanpa penglibatan DAP dan PKR oleh Parti Amanah Negara @ PAN tidak akan mendapat sambutan ternyata meleset sama sekali.
Contoh terbaik cuba sahaja lihat gambar diatas .. acara Ceramah Perdana bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu hari ini di Tawau Sabah ... betapa hebat dan hangatnya sambutan diberikan.
Contoh terbaik cuba sahaja lihat gambar diatas .. acara Ceramah Perdana bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu hari ini di Tawau Sabah ... betapa hebat dan hangatnya sambutan diberikan.
PAN sudah boleh berdikari tanpa perlu bantuan maupun berucap bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam satu pentas.
Jadi tidak hairan kalau rata-rata rakyat cukup percaya, kagum dan terpesona serta tersilau apabila Mat Sabu menyatakan sambutan diberikan oleh rakyat terhadap penubuhan PAN cukup luar biasa melangkaui jangkaan dan ramalan sehingga terpaksa borang mohon menjadi ahli terpaksa dicetak berulang kali sebab cetakan pertama tidak cukup.
Kalau dilihat pada sambutan hebat lagi hangat Ceramah Perdana diatas ... jangan katakan akhir tahun ini sasaran PAN mau pastikan ada 100,000 ahli berdaftar ... 300,000 ahli sudah berada dalam genggaman.
PAS nampaknya sudah berkubur dan lumpuh habis terus seperti dikatakan oleh Setiausaha Agung PAN Sdr Annuar Tahir baru-baru ini.
Tahniah diatas sambutan luar biasa ceramah perdana ini walaupun kalau dilihat seimbas lalu lebih kepada ceramah kelompok sahaja suasananya ...
Mohon kita bersangka baik ... mungkin belum dimulakan lagi sebab Presiden PAN belum hadir ... yang ada digambar diatas adalah wajah yang seiras Mat Sabu jer kot????
Pasti ada yang dengki sakit hati berasap telinga menyirap darah sampai mendidih melihat akan sambutan, sokongan dan dokongan diberikan oleh rakyat jelata terhadap PAN.
Benar sungguh kata DAP betapa PAN sudah mampu malahan terlebih dari mampu mengambil alih peranan PAS untuk raih sokongan dari masyarakat Melayu/Bumiputera beragama Islam.
Rakyat inginkan suatu parti yang dipimpin oleh individu-individu yang progresif, amanah, peduli, profesional lagi inklusif.
Kah..kah...kah.....
Hj Hadi ada kata : PAN ibarat bas ekspres yang tidak akan sampai ke destinasinya.....
Gambar trak di atas juga membayangkan betapa Pakatan Harapan akan tersadai di tengah jalan.... kah..kah...kah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....