KANTOI LAGI!!! Fitnah Bekas Pegawai Khas Muhyiddin Dan Malaysiakini Gagal!!!



Aduh.... Apa tujuan dan niat sebenar bekas Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin yang dilihat cuba untuk memburukkan imej DS Zahid Hamidi dimata umum? Menerusi satu artikel di laman web, Feriz Omar dilihat "berkerjasama" dengan portal Malaysiakini untuk memfitnah Timbalan Perdana Menteri.


Dua tiga hari sebelum ini, Berita Harian menerbitkan satu artikel yang mendakwa DS Zahid Hamidi mengesa TS Muhyiddin keluar dari Umno ekoran kenyataan terbukanya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri serta menghasut ahli-ahli Umno menentang Presiden Parti.

Artikel tersebut kemudiannya di tarik balik penyiarannya oleh pihak editorial Berita Harian kerana berlaku salah tafsir serta tidak selari dengan kenyataan sebenar yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut. Pihak Berita Harian juga memohon maaf diatas kesilapan yang dibuat.

Malangnya isu penarikan balik artikel ini dijadikan modal untuk memfitnah DS Zahid oleh Malaysiakini dan kemudiannya Feriz Omar melalui portalnya.

Walaupun tanpa bukti dan fakta, Malaysiakini cuba menggambarkan bahawa ada desakan dari Timbalan Perdana Menteri supaya Berita Harian menarik balik artikel tersebut. Persepsi yang sama juga diterbitkan oleh Feriz Omar yang diketahui merupakan penyokong kuat Tun Mahathir.

Apa motif sebenar persespsi sebegini dimainkan? Adakah ia sengaja dilakukan untuk melaga-lagakan Zahid dan Muhyiddin? Ataupun ia sengaja dimanipulasi untuk memberi gambaran buruk terhadap imej Timbalan Perdana Menteri terhadap Timbalan Presiden Umno?

Portal Malaysiakini memang sudah diketahui umum dipenuhi dengan fitnah serta salah lapor khususnya terhadap pemimpin kerajaan. Biarpun sudah banyak kali diberi amaran dan dikenakan tindakan, tetapi mereka nampaknya masih belum mahu insaf dari dosa-dosa yang dilakukan.

Dan Feriz Omar memang sudah sedia dimaklumkan bahawa sangat terhutang budi kepada Muhyiddin ketika menjadi Pegawai khasnya dulu. Kebetulan pula Feriz menjadikan Tun Mahathir sebagai idolanya, maka tak hairanlah fitnah jahat ini terhasil dari kedua-dua pihak tersebut.

Bagi pandangan rakyat Malaysia, perbuatan Malaysiakini serta Feriz Omar ini hanyalah satu lagi komplot untuk menjatuhkan pemimpin negara ini. Mereka-mereka ini hanyalah sebahagian dari plot jahat pembangkang untuk menghancurkan ketenteraman rakyat.

Jika Mahathir bersama dua tiga kerat pemimpin veteran kini mengakui peluang semakin tipis untuk menjatuhkan Najib serta kerajaan BN, Malaysiakini serta Feriz juga harus sedar perbuatan mereka untuk melaga-lagakan pemimpin serta ahli-ahli Umno hanyalah sia-sia. - Big B/Utaranews.com

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....