BONGKAR!!! "Team Azmin" Mula Gerakan Guling Azizah!!!



MPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin
(Free Malaysia Today) – Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.

“Ini ialah coup de’etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

“Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan ‘u-turn’ dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah,” tulisnya di laman blog.

Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.

“Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

“Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

“Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

“Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras,” katanya.

1 ulasan:

  1. KAH KAH KAH

    Budak hingusan penjilat keluarga al juburi nak cuba mengampu kak jijjah.

    Btw, sapa kah "ahli bawahan" yang dimaksudkan oleh budak mamak ni? Dia sendiri "ahli atasan" ke?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....