BIADAP!!! Lelaki Ditahan Kerana Tulis Perkataan Lucah Di Surat Saman



Ini namanya sengaja cari pasal! Berang akibat disaman, seorang lelaki berusia 33 tahun bertindak bodoh dan biadap dengan menulis perkataan lucah di atas surat saman trafik sehingga mengakibatkan dia ditahan polis dalam kejadian di Jalan Tun Fuad, Kota Kinabalu pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 10.40 pagi, suspek yang memandu pacuan empat roda dikatakan melakukan dua kesalahan trafik iaitu tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu. 

Lelaki itu bagaimanapun tidak berpuas hati dan menulis perkataan lucah pada ruang tandatangan surat saman yang diterima sebelum menyerahkannya kepada pegawai trafik bertugas. Difahamkan suspek ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....