Artikel terkini daripada AmenoWorld mendedahkan "perang dingin di antara MB Selangor Azmin Ali dengan MP DAP Teo Nie Ching. Jom terjah :
Mesti Azmin dah bengang sangat melayan karenah Teo Nie Ching. Aku tak yakin yang Azmin akan slumber nak menyound MP DAP kat laman twitter melainkan sebelum-sebelum itu mereka memang dah mempunyai krisis yang menyebabkan emosi Azmin tergangu.
Mungkin salah satunya isu DEIG kot. DAP sebelum2 neh memang dah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai DEIG dan mempersoalkan ketelusan DEIG bukan hanya di dalam persidangan DUN bahkan membawanya ke hadapan pihak media.
Disebabkan isu berkenaan, BN telah menyerang kepimpinan Azmin pada ketika isu 2.6B hangat diperkatakan umum. Kiranya BN ciplak modal DAP dan PAS untuk serang Azmin la. Kalau tak, BN pun takde modal. Nak harap depa cari modal memang tak la kan. Pemalas punya pembangkang Selangor.
Pada awalnya Teo tweet satu berita berkenaan Hadi yang kekononnya menyebut tidak tolak kemungkinan menyertai perhimpunan 'MERAH'.
Aku lama perhatikan Azmin sejak dia jadi MB neh. Pergerakan2 dia, tindakan2 dia, kalau ditanya tentang PAS, DAP dia seboleh2nya nak nampak macam PLAYSAFE dan tak memihak.
Tapi ketika mesyuarat KEADILAN yang memutuskan samada PR masih wujud lagi atau tidak selepas DAP kata PR dah terbubar, Azmin boleh plak ada kat Kelantan. Kenapa, yek?
So, kat situ aku agak, Azmin mungkin merasa lebih selesa berkerjasama dengan PAS berbanding DAP. Kenapa DAP sukar?
Adakah DAP terlalu annoying macam Ngeh dan Nga? Atau terlalu suka memaksa PAS & PKR macam LGE? Tatau nak cakap sebab aku tengok ada beberapa MP DAP yang friendly dan nampak relax je buat kerja.
Tatau disebalik tabir melainkan kita sendiri yang bekerja dengan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....