Bekas Eksekutif Kanan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo mengaku telah diperdaya dan tidak mengetahui maklumat yang diubahsuai mahu digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengakui bodoh kerana tidak menjangka perkara itu, warga Switzerland tersebut berkata, dia juga bukan seorang pemberi maklumat sebaliknya hanya mahu menjual data dicuri selepas dijanjikan bayaran AS$2 juta (RM8.5 juta) oleh ahli perniagaan Malaysia.
“Mereka (pembeli data) mempunyai agenda politik yang saya tidak tahu. Saya tidak tahu yang mereka mahu menjatuhkan sebuah kerajaan. Saya bodoh,” katanya dalam temubual eksklusif terbaharunya dengan akhbar News Straits Times Singapura.
Pada 24 Julai lalu, Justo menerusi temubual dengan akhbar yang sama mendakwa dia dijanjikan bayaran AS$2 juta oleh seorang ahli perniagaan Malaysia untuk mendapatkan dokumen urus niaga berkaitan bekas majikannya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, sebalik sahaja laporan temubual itu disiarkan mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.
Justo yang ditahan Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), polis Thailand di Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu memberitahu, persetujuan urusan jual beli dokumen itu dicapai dalam pertemuan dengan pembelinya di Singapura pada Februari lalu.
Penahanan warga Switzerland itu dibuat selepas PetroSaudi membuat laporan terhadap kegiatan peras ugut membabitkan wang 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta) apabila dia mengancam mendedahkan maklumat sulit perniagaan dicurinya jika permintaan tidak dipenuhi.
Dalam perkembangan yang sama, Justo yang kini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa dia akan memfailkan rayuan bagi memohon tempoh hukuman tersebut dikurangkan.
“Saya tidak menjangkakan (dikenakan hukuman penjara) tiga tahun,” katanya sambil menambah akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand untuk membolehkan hukuman penjara tersebut diringankan.
- SUMBER
Tak lama lagi keluarlah nama 10 orang yang tipu Xavier Justo. Siapa mereka?
Ada omputih, ada cina, ada melayu, ada keling, ada DAP, ada UMNO, ada PKR, ada media, ada tinggi, ada rendah, ada putih, ada hitam, ada merah, ada pompuan dan ada BANYAK LANCAU ....!!!!
Tunggu lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....