NAIK TOCANG!!! DAP Nak Saman JAIP Sebab Khutbah Raya!!!


Kegilaan apakah ini? Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya aidil adha yang menyelar sikap orang Islam berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang kelas anti-Islam.

Teks khutbah Aidiladha itu menyebut:

“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka…”

Menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai alat, DAP Pahang memberi masa selama lima hari bermula hari ini untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.

“Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini.”

 Sidang media itu turut dihadiri oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sasterawan negara yang baru menyertai DAP Datuk A Samad Said serta pakar perundangan yang turut menyertai DAP Julai lalu Dr Abdul Aziz Bari.

Selain itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN Mentakab berkata, ahli DAP Melayu dan beragama Islam menyelar teks khutbah itu kerana mereka tidak pernah menentang mana-mana rukun Islam.

“Menuduh DAP Melayu Islam menentang Islam, apa yang kami tentang? Rukun Islam ada lima perkara dan kami percaya lima rukun itu. Kami tak pernah cakap dan bantah rukun Islam ini tak ada.

“Dan kami tak ada menyeru supaya sembahyang dua imam. Tak pernah berlaku. Tak pernah suruh baiah gadai isteri. Tak pernah,” katanya lagi.

Islam diakui agama rasmi

Sementara itu, bagi A Samad atau Pak Samad pula, pihak jabatan agama Islam dilihat keterlaluan apabila menggunakan khutbah untuk mendakwa orang Melayu yang menyertai DAP sebagai seorang penentang Melayu.

“Tak ada bayangan bahawa DAP ini menyalahi akidah. Jadi jangan guna alasan rambang bahasa Melayu yang menyertai DAP sebagai alat yang mencemar agama dan menentang Melayu,” katanya.

Hakikatnya DAP sememangnya terkenal sebagai parti cauvinis cina yang anti Islam.

Sebuah laman web pernah menulis 10 bukti bahawa DAP adalah anti-Islam.

SUMBER

3 ulasan:

  1. Kalau DAP tu bagus, buktikanlah dengan tindakan bukan setakat mulut sahaja. Buat rumah murah banyak2 di Puau Pinang, jangan roboh gerai Melayu, jangan ambil kampung Melayu untuk buat rumah mewah, jangan ambil tapak mesjid, bina mesjid banyak2, turunkan caj air, turunkan cukai. Kata negara berkebajikan, ha buatlah kabajikan banyak2 sebagai bukti.

    BalasPadam
  2. Belum pun jadi pemerintah dah mula tunjukkan warna sebenar mereka pemimpin Ultra KIASU pemimpin Cina DAP. Insiden pihak DAP hendak menyaman JAIP sebab khutbah Aidil Adha ttg larangan memutuskan silaturrahim membuktikan bahawa ajaran Islam memang tembok besar utama yg telah menghalang parti DAP daripada mengkeldaikan bangsa Melayu. Padahal seruan untuk bersatu dan tidak memutuskan silaturrahim sudah lama termaktub didalam hadis nabi mahu pun didalam Al Quranul karim sendiri, yaitu lebih 1400 tahun dahulu sebelum Lim Kit Siang dan Guan Eng lahir lagi.

    Dari Al Quran - Akan dilaknat oleh Allah dan dimasukan kedalam neraka jahanam.
    Allah swt berfirman : “ orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan Mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang Itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam) (QS Ar’Rad : 25)

    “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”(QS Muhammad 22-23)

    Dari Hadis Nabi - Tidak masuk surga.
    Dari Jubair bin Mut?im ra sesungguhnya Rosulullah saw bersabda, " Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan.". Sufyan berkata : “yaitu yang memutus hubungan tali silaturahmi” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Didalam erti kata lain pemimpin Cina DAP telah mengerahkan “keldai Melayu” mereka untuk menafikan ayat Al Quran dan hadis Rasulullah diatas dan menyaman JAIP sekiranya enggan untuk menuruti kehendak mereka. Memang arahan pemimpin Cina DAP itu ada berunsurkan SYIRIK yang sangat nyata. Bayangkan sekiranya DAP yang berkuasa sepenuhnya dinegara ini memang huru-hara Tanah Melayu kita ini. Ingatlah satu undi untuk PKR atau GHB penghianat ugama dan bangsa adalah satu undi untuk DAP musuh Islam seMalaysia.

    BalasPadam
  3. masukkan Tun M dengan A Samad dalam satu kandang baru betui ... tua nyanyuk tibai tua kutuk

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....